Monday 7 April 2014

Lepak lu. Hisap oxygen lu

Holla!

Nampak tak cubaan aku nak buat intro acah acah omputih. Ye aku tahu semorang geli. Tapi memandangkan tajuk kali ni memerlukan mood orang orang muda so engkorang buat buat tak nampak je amende yang aku buat tadi. 

Marcapada ini, media massa selalu memaparkan tentang gejala anak muda yang suka melakukan aktiviti membuang masa, membuang tenaga malahan membuang bayi. Dan bagi penulis sendiri, gejala tidak sihat ini perlu dibendung dari akar umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Eh. Apahal ni apahal kejap bajet bajet orang muda kejap bajet bajet wartawan utusan malaysia. 

Engkorang perasan tak kebanyakan gejala tidak sihat ni berlaku start dari satu benda iaitu LEPAK. Anak anak muda zaman sekarang (bajet dah tua) memang suka buat benda alah ni. Tak kisah lah lepak tepi jalan ke lepak bawah pokok ketapang ke lepak kat pavilion ke lepak kat atas jambatan ke tapi biasanya aktiviti lepak ni banyak menghasilkan anak muda yang professional dalam melakukan dosa. 

Tak tahu apa yang seronoknya jadi orang yang suka lepak ni. Mungkin memang cita cita sejak dari kecil ingin menjadi kutu rayau yang berjaya. Mungkin bila lepak lepak hisap rokok ni rasa macam handsome, sado, power ada geng kongsi gelap dan sewaktu dengannya. Mungkin bila lepak lepak kat mall ni rasa macam dah dewasa. Kalau zaman dulu siapa sunat dia dewasa, sampai kat sekolah tu berebut budak perempuan bagi buku suruh isi biodata. Zaman sekarang kedewasaan diukur melalui berapa berapa lama stamina seseorang itu untuk lepak di mall. Sebelum aku mengarut lebih panjang izinkan aku untuk memghuraikan point seterusnya.

Mungkin bila korang baca penulisan aku kat atas ni akan timbul dialog seperti

"Amende lah dia ni. Wahabi ke. Lepak pon salah"

"Dia ni dakwah tak berseni. Tak berhikmah nak perli orang"

"Ingat dia baik sangat. Mana tahu orang tu lepak buat usrah"

Sabar semorang sabar. Aku bukan nak mengutuk orang yang suka lepak ni. Saja nak membuka minda kita sebagai pemuda Islam yang mahu lihat agama Islam tertegak atas muka bumi bahawa kita punyai banyak tanggungjawab daripada melakukan perkara yang sia sia. Bahkan bak kata Imam Hassan al Banna tanggungjawab yang kita ada lagi banyak daripada masa yang kita ada. 

Lepak tak semestinya buang masa kan? Lepak ni pon perlu untuk memperbaiki ukhwah, lepak lepak yang perbualannya berkisar tentang kebesaran Allah S.W.T. Bahkan usrah pon dikira lepak lepak kan. Wink wink 

Kalau tak dapat tahan nafsu lepak sangat pon janganlah sampai tak jaga mata bila perempuan lalu. Janganlah ganggu orang lalu lalang. Bayangkan kita suka ke kalau adik perempuan kita jalan, lepas tu ada sekumpulan lelaki lepak tepi jalan, kacau dia, duk pandang atas bawah. Kalau aku, rasa nak lastik je mata sensorang. 

Sebenarnya, fikir banyak kali jugak nak tulis entry ni. Sebab dulu time sekolah aku suka lepak dengan kawan lepas habis prep, usha siapa budak perempuan rajin pergi solat hajat kat surau. Kahkah. 

Akhir kata, nak lepak tu lepak lah, tapi penuhi hak kita sebagai pelepak yang berkaliber dan menjadi harapan bangsa dan negara. 


"Dari Abu Sa'id al Khudry r.a dari nabi  ﷺ, beliau bersabda : 'Jauhilah olehmu sekalian duduk di tepi tepi jalan'. Para sahabat bertanya : 'Wahai Rasulullah, kami tidak mampu meninggalkan tempat tempat itu kerana di situ kami dapat membicarakan sesuatu'. Rasulullah  ﷺ bersabda : 'Apabila kamu sekalian merasa tidak mampu untuk meninggalkan duduk duduk di sana maka penuhilah hak jalan itu'. Para sahabat bertanya : 'Apakah hak jalan itu wahai Rasul Allah?'. Baginda menjawab : 'Memejamkan mata, tidak mengganggu, menjawab salam serta amar makruf dan nahi mungkar'" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

P/s : First time buat entry pendek. Kalau tak suka habaq kat aku please ^^. Mention kat twitter ke pm ke atau comment kat bawah. 


Thursday 3 April 2014

Perjuangan Masih Jauh [IM 529]

"Enta rasa kenapa enta join usrah?"

Senyap sekejap aku memikirkan jawapan. Angin sepoi sepoi menyapa lesung pipit aku. Soalan dari seorang pemuda yang dah lama terlibat dalam gerak kerja dakwah. Seorang yang aku selalu kagumi. 

"Err. Ana suka sebab rasa macam best. Boleh berukhwah. Boleh tambah ilmu. Boleh refresh iman tiap minggu"

Nak jawab selalu dapat makanan free macam tak sopan pulak. Tapi aku tahu soalan tu bukan saja saja dia tanya. Dia berasal dari sekolah agama yang melahirkan orang orang hebat. Dapat result yang cemerlang. Setakat nak ambik medic celah gigi je. Tapi dia pilih untuk sambung agama kat mesir sebab dia mahu jadi orang yang faham agama. Kadang kadang dia mengajar kitab guna skype dengan student student dari jepun. Gempak gila


"So apa target enta join usrah ni? Bertahun tahun enta join usrah nanti hanya untuk berukhwah?"

"Err entah lah ustaz. Ana pon baru baru je berjinak dengan usrah ni. So apa sebenarnya matlamat usrah ni?"

"Okay kita tengok sejarah. Dulu kan Islam sangat kuat. Islam pegang dunia ni. Sampai satu masa berlaku kejatuhan sistem khilafah. Kalau fikir logik kan ummat Islam ramai, so kenapa tak buat je mesyuarat, lawan balik musus Islam?"

Aku angguk tanda setuju. Muka excited. Telinga goyang goyang cuba menangkap tiap bait kata yang pada aku penuh dengan isi berguna. 

"Sebenarnya pada masa tu Islam tak dapat naik balik sebab berlaku perpecahan antara ummat Islam. Masing masing berjuang untuk negara dan bukan lagi kerana Islam. So nak taknak kita kena kah start balik dari bawah. Bina balik Islam dalam jiwa para pemuda."

"Ohh. So ustaz nak kata yang dengan usrah ni boleh bina balik sistem khilafah la ni? Possible ke benda cemtu?"

"Kenapa? Tak percaya ke? Tengok mesir sendiri. Ikhwanul Muslimin sekarang dah berjaya pegang mesir. Start dengan usrah lah. Doktor Mursi sendiri walaupun telah jadi pemimpin negara, dia still ada usrah dia. Macam ana sendiri, kawan kawan arab yang join usrah ikhwanul muslimin boleh nampak mereka punya akhlak sangat indah"

*************

Teringat perbualan beberapa tahun lepas. Aku sendiri jadi saksi bagaimana perjuangan ikhwanul muslimin. Dalam masa yang singkat segalanya berubah.

K nak cerita secara ringkas apa yang terjadi. Dulu mesir dipimpin oleh pemimpin yang sangat zalim. Bukan dari keturunan wolverine tetapi beliau seorang pemimpin kuku besi. Selalu menangkap ulama' yang berani bercakap dan menyeksa mereka. Harta negara guna untuk kepimpinan sendiri. Memerintah berpuluh tahun sehingga negara Mesir jadi negara yang mundur dan miskin dan hanya boleh berbangga dengan kejayaan nenek moyang mereka membina pyramid. Ikhwanul Muslimin bangkit untuk menentang pemerintahan yang zalim ini bersama sama rakyat yang telah lama ditindas dan Husni Mubarak (pemimpin sebelum ini) sendiri yang letak jawatan setelah menerima desakan hebat dari rakyat. Kemudian telah diadakan pilihan raya yang adil untuk memilih pemimpin baru. Diulang sekali lagi pilihan raya yang adil. Dan Mursi telah berjaya memenangi pilihan raya itu secara demokrasi. Setelah Mursi naik, beliau secara lantang menyuarakan untuk membantu negara negara Islam seperti palestin dan menentang kezaliman Israel. Berbeza dengan zaman Husni Mubarak yang melarang sebarang media untuk mengkritik beliau, Mursi memberi kebebasan suara kepada mana mana media untuk menyiarkan apa apa berita atas tiket demokrasi dan kebebasan bersuara. Peh dah macam tulis karangan bahasa melayu sijil pelajaran malaysia. Formal sangat. K sambung. Hanya selepas setahun memerintah, Mursi digulingkan oleh kuasa tentera, diketuai oleh Sisi atau nama manjanya CC. Padahal dia jadi jeneral tentera Mursi yang pilih. Walaupun ramai rakyat tak setuju dan keluar berhimpun, CC menggunakan kekerasan untuk menakutkan rakyat. Beribu rakyat dibunuh seperti di dataran rabaah. Dan media menyorok perkara ini sudah pastinya. Dan untuk memanipulasi rakyat, diorang dok kata IM (ikhwanul Muslimin) ni bawak senjata lah. Bunuh polis lah. Last last rakyat tertipu dan pandang IM ni suatu organisasi yang jahat. Dan IM telah diharamkan di Mesir. 

Fuhh nampak tak liciknya musuh Islam. Mudah sangat nak jatuhkan gerakan Islam. Dengan guna orang Islam sendiri. Penyokong IM diburu diseluruh negara. Kedai dibakar. Rumah digeledah. Yang buat sapa? Ye orang Islam. Kelakar pulak bila orang yang zalim adili orang adil.

Kadang kadang aku geram dengan orang Mesir. Dok huha huha sokong sisi. Boleh tengok orang yang sokong Mursi ni akhlak cane. Kalau baik, ramah, alim dan apa apa ciri kebaikan ada pada dia, cuba try tanya siapa pemimpin dia. Sangat jarang orang baik jawab sisi. 

Kadang kadang kelakar tengok orang Malaysia. Dia kata jangan campur usrusan negara orang. Biarlah politik diorang kita tak payah campur. Okay itu pendapat kamu so terpulanglah pada kamu. Pada aku sendiri, itu bukan apa yang nabi ajar. Kita bersaudara kerana kita Islam bukan kerana kita satu negara. Allah berfirman "Setiap mukmin itu bersaudara". Surah 49 ayat 10. Err bersaudara ke kalau adik abang kena bunuh kita kata jangan masuk campur?
Sampaikan kalau kat sini, kami dilarang sebut perkataan sensitif macam usrah, ikhwanul muslimin dan imam hassan al banna. Betul lah tu kena berhati hati. Tapi kalau fikir balik, pemuda mesir berjuang melawan kezaliman, mati tunggu kat depan. Tapi aku ni usrah nak selesa je. Nak dalam comfort zone. Nak riadah tiap minggu. Nak makan. Nak bercipiki cipaka. Walaupun usrah dalam rumah yang confirm takde arab dengar pon takut nak sebut. Bukan apa, cuma risau kalau asyik takut je nanti dalam hati kita berjangkit penyakit wahan (cinta dunia takut mati) sampai takmo dah turun jihad berperang.

Bayangkan kita diberi peluang duduk semeja dengan para pemuda negara lain. Pemuda palestin cerita "Perjuangan kami adalah pertahankan masjid suci ummat Islam. Setiap pemuda fokus untuk jaga hubungan dengan al Quran kerana itu sahaja hiburan bagi kami. Pemuda syria pulak kata "Perjuangan kami pula untuk pertahan keluarga kami dari dibunuh. Dari segi rohani dan fizikal kena kuat. Setiap malam kami tak tidur memegang senjata takut takut keluarga kami diapa apa kan. Doakan ana syahid ya". Lepas tu pemuda mesir pulak sambung "Sekarang kami terpaksa gerak secara rahsia. Pagi kami seorang pelajar tatpi malam kami seorang pejuang. Tiap hari kami perlu bahagi masa antara study dan dakwah untuk naikkan martabat Islam. Demonstrasi aman yang kami buat untuk memberitahu kepada dunia kami tak halalkan setitik pon darah yang gugur kerana mempertahankan pemimpin yang adil". So sekarang sampai turn pemuda Malaysia "Perjuangan kami adalah untuk mencari bakal makmum. Kami selalu je tweet dan buat status fb. Cukup lah tu. Kami juga berjuang untuk bangun solat subuh dan kurangkan main game. Hm dan perjuangan terbesar kami ialah mahu kumpul like dan retweet yang banyak. Doakan ana dapat zaujah cepat :')"

Peh malu kan. Tak bukan niat nak kutuk pemuda kita. Bahkan ramai je yang serious mahu menegakkan syiar Islam. Cuma tak mencukupi untuk Islam. Kebanyakannya berada pada zon selesa. Contohnya seperti orang yang tengah menulis ni. K sentap. Sekali sekala kena push diri kita untuk menjadi orang yang ada benda special dalam diri dia untuk jadi ahli syurga. Jadi pemuda luar biasa yang mampu membuatkan musuh rasa kita ni satu ancaman. Ikhwah wa akhwati fillah. Ihna ruhul jadid fi jasadil ummah :)

K back to our topic kalau kita temu ramah sendiri penduduk mesir kenapa tentang mursi dan sokong sisi, jawapan yang aku terima macam pelik. Macam budak budak. Ada yang kata sebab harga barang naik. Ada yang kata sebab Mursi takde buat perubahan. Ada yang kata sebab selalu blackout. Satu je jawapan aku. Dia tu baru setahun memerintah. Bayangkan negara yang dulu dipimpin firaun, lepas tu dipimpin anak cicit firaun, tetiba kau aspect dia nak ubah macam2 dalam setahun? Omg seriously orang mesir? Zaman fitnah kan. Tak pelik kot. Kalau tanya orang mesir kenapa sokong sisi takde jawapan pon. Buat muka masam. Kekadang jawab sebab sisi baik. Bahkan tambang teksi dinaikkan kalau tanya kenapa sokong sisi. Lol. Jawapan paling munasabah setakat ni yang aku terima pakcik tu kata "Sisi boleh jadi pemimpin sebab sisi ni syadid" maksudnya orang arab ni kan ganas sikit dan degil. Kena pemimpin yang garang dan tegas baru diorang dengar cakap. 

Tapi tapi. Mendidik dengan lemah lembut kan cara nabi. Dan cara nabi takkan pernah gagal dalam mendidik manusia. Eheh.

***************

Seperti biasa, dalam seminggu pasti akan ada demonstrasi aman di universiti. Walaupun tengah panas, diorang tak pernah bosan kerana itu sahaja cara yang ada untuk menentang kezaliman. 

Otw balik rumah after kelas kawan tanya

"Aiman kau dengar pasal 529 penyokong IM yang kena hukum gantung tu. Apa pendapat kau?"

Satu keluhan dilepaskan. Jeles

"Pada aku tu hadiah dari Allah. Itu membuktikan mereka ikhlas dalam perjuangan. InsyaAllah syahid kalau niat mereka ikhlas mahu Islam tertegak atas muka bumi. Bukan senang nak dapat syahid. Macam khalid al walid join banyak perang tapi tak dapat juga syahid. Ada orang yang ada peluang nak syahid tapi hati tak kuat nak turun berjuang. Ada orang yang mahu syahid tapi tak dibukakan jalan"

Di antara orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan ada di antara mereka yang gugur syahid dan ada pula yang menunggu nunggu (moga2 kita) dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya (al azhab ayat 23)

"Ohh kau nampak macam tu. Bagi aku sendiri, diorang dah jalankan kerja mereka. So sekarang kita fokus kat gerak kerja kita. Apa yang kita buat untuk Islam. Nak taknak kita kena bangkit lawan kezaliman. Kalau benda tu salah kita kena kata salah. Kita tak boleh asyik berdiam diri sahaja kan?"

Aku angguk kepala tanda setuju. Setiap kata tersemat dalam hati. Risau sangat dengan perjumpaan dengan Dia nanti. 


P/s : Biarlah mati bukan sebagai orang baik. Tapi sekurang kurangnya mati dalam keadaan sedang berusaha jadi baik


Monday 17 March 2014

Susah ke nak berubah

Baru baru ni Ada seorang anak muda, whatsappp aku. Dia seorang yang ingin berubah dan perlukan nasihat so ada sorang kawan rekemen kan number aku. Bukan sebab aku baik tetapi mungkin kerana aku pon dulu bukan baik sangat. So boleh lebih memahami anak anak muda yang ingin berubah. Banyak pengajaran yang aku dapat, sebab lain seninya bila mahu berdakwah dengan kawan2 di sini yang rata ratanya punya latar belakang agama yang baik. Dan seriously menjadi pembakar semangat untuk aku bina diri sendiri dan sampai satu masa terjun ke dalam masyarakat untuk merawat masyarakat yang semakin tenat. InsyaAllah.


Saja aku post kat sini sebab mungkin soalan yang ditanyakan merupakan soalan lazim bagi orang yang mahu berubah :) Dan sedikit sebanyak kita dapat gambaran bagaiman nasib anak muda sekarang. Moga dapat sama sama kita ambil pengajaran. aku edit sikit soalan yang di tanya kerana penggunaan bahasa yang agak kurang sesuai

**********



"Assalamualaikum. Ni aiman ke? Yg belajar kt mesir tu?

" Waalaikumsalam w.b.t. Aah :)"

"Kawan kata awk boleh bantu org yg nk jd baik ni. Betul ke. Sy ni jahat, kuat menipu.
Awk nk ke berkawan dgn org mcm sy ni.."

"Seriously aku tak boleh bantu kalau kau taknak bantu diri sendiri"

"Oh kau nk tolong aku la nie?? Dah agak dah"

"من دل على خير فله مثل اجر فاعله

Hadis ni kata siapa tunjukkan jalan utk buat baik baginya sama pahala seperti org yg buat. So kau nak aku tlg apa"

"Bagi akhi, definisi baik tu mcm mana? Sbb Allah ciptakan manusia utk jd baik kan"

"Apa apa yang ada pada Rasulullah itu baik. So siapa yang berusaha untuk ikut apa yang nabi buat, tiru akhlak nabi, cuba tinggal apa yang nabi larang, maka dia org yg baik.Allah sebut dalam Quran pada nabi ni ada contoh ikutan yang baik (33:21)"

"Oh susah tak nk jd baik?"

"Susah nak istiqamah. Lagi lagi kita hidup akhir zaman Sebab tu nabi pesan gigit dengan geraham mu al Quran dan sunnah"

"Mmg pun betul tu. Mcm akhi, akhi mesti terbina dr keluarga yg baik2 kan, adik beradik mak ayah yg alim yg soleh. Mungkin senang kot nk jd baik. Kalau yg hidup dr keluarga yg hidup mcm kt chowkit tu lain cerita"

"Kalau kita mahu berubah, kita kena cari suasana yang sesuai untuk berubah. Takkan kita nak salahkan persekitaran kita. Ramai je kita boleh jumpa anak hebat dalam dakwah tapi mak ayah bukan islam"

"Maknanya kena tinggal keluarga, kawan2 semua..pastu nnti sapa pulak yg nk bimbing mereka?"

"Ada satu quote kalau tak silap dari imam hassan al banna. Tegakkan islam dalam diri kita nescaya islam akan tertegak di sekeliling kita. Maksud cari suasana tu, join la biah atau persekitaran yang membina iman. Contoh paling mudah usrah. Macam aku sendiri bila jumpa kawan2 lama semua menganjing. Panggil ustaz lah. Tarik2 janggut. Sampai ada yg jujur cakap dia tak suka tengok kita berubah. Tapi pegang pada satu hadis "beruntunglah orang2 yang asing".

"Berat jugak ujian akhi. Usrah tu macam mana?"

"Pernah tengok orang join usrah?"

"Tak pernah lgi tgk. Mcm mana tu?"

"Okay usrah ni maksud dia family dalam bahasa arab. Ada yg panggil bulatan gembira. Ada yang panggil smart circle atau halaqah. Pengasas dia imam hassan al banna, ulama' mesir. So bila kita join usrah, akan ada sorang naqib, dia yang akan tarbiyyah kita. Contoh buat seminggu sekali. So usrah ni bagi aku keluarga yang mahu sama2 ke syurga. Mula2 dia akan ajar perkara basic. Contoh nak baiki solat, cara baca Quran, kita akan baca terjemahan Quran dan setiap orang boleh bagi pendapat. Ikut naqib tu dia nak buat kat mana. Kadang2 usrah kat tepi pantai ke kat air terjun ke. Lepas main futsal ke. Lepas tu ada target untuk dalam seminggu apa yang kita kena buat. Contoh naqib letakkan target minggu ni semua wajib baca satu page Quran sehari. So berbeza pandangan tiap orang apa function usrah ni. Ada yang rasa best sebab boleh berukhwah. Ada yang suka sebab boleh refresh iman. Ada yang suka sebab boleh makan sedap2.Boleh mengadu masalah kat naqib. Bila sorang ada masalah semua ahli usrah tolong. Gitu lah secara roughly usrah ni. Yang paling penting dia bantu untuk istiqamah. Tiap minggu gather kan untuk check balik hubungan dengan Allah"

"Oh best jugak usrah ni.. Tp xtahu nk cari kt mana..Mcm akhi, akhi join usrah ke? Patutlah"

"Lepas dtg mesir ni baru join. Kalau nak join usrah, biasa kat setiap tempat tu boleh cari ikhwah atau pemuda2 dakwah"

"Apa yg buat akhi nk berubah?"

"Dtg sini dulu awal2 perangai still sama. Sampai lah satu masa tu rasa dah penat sangat buat dosa. Serious lain hati kita bila mula jaga hubungan dengan Allah. Baru terasa ketenangan tu. Kalau before ni nak buat baik ragu2 sebab rasa cam 'ala buat baik pon tapi still banyak dosa'. Tapi bila kita dah ready nak waqafkan diri kita untuk agama ni buat apa2 semua seronok. Tinggalkan semua beban jahiliah ni kat belakang dan terus sedar berlari pulang pada Allah before dia yang jemput kita. Mula2 tu susah jugak nak berubah. Sampai lah jumpa ayat quran ni. Surah al hadid ayat 16"


"Belum tibakah waktu bagi orang yang beriman, untuk secara khusyu' mengingati Allah, dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka.."




"Betul jugak"

"Rasa2 nya apa dia org yg khusyu' tu?"

"Org yg solat khusyuk kot. Ye ke?"

"Haa itu satu. Tapi khusyu' dalam kehidupan ni ada maksud lain. Ada dalam surah baqarah ayat ke 46. Orang yang khusyu' ni, dia yakin yg dia akan jumpa dengan Allah satu hari nanti. Apa2 yg dia buat dia akan fikir, buat ni mebi dapat puaskan nafsu tapi beri tak manfaat untuk hari pertemuan dengan Allah nanti.

"Oh ok faham2. Ingat mati pun kira khusyuk jugak kan. Akhi nk tanya sikit, ada org kata ayat quran ni tak boleh tafsir ikut kepala sendiri, jd buat apa baca quran. Jgn marah tau"

"Kita tak boleh tafsir. Tapi kita boleh tadabbur. Tafsir ni maksud dia kita cuba cari maksud tersirat dalam ayat tu. Kita kata ayat quran menerangkan pasal hadis ni. Senang kata mana2 ayat quran yang tidak kita faham secara zahir tapi kita cuba nak tafsir. Tadabbur pulak, kita tengok terjemahan, dan kita kita ambil pengajaran"

"Kenapa penting baca Quran?"

"Okay al Quran ni kan mukjizat. Mukjizat tu maksud dia apa dari segi bahasa arab. Maksud dia ialah melemahkan. Iaitu al quran ni adalah senjata yang sangat ampuh untuk orang Islam yang melemahkan musuh. Cuba tengok realiti. Negara2 yang pemudanya jaga hubungan dengan Quran punyai akhlak yang sangat hebat. Ada hadis sebut nabi diturunkan untuk sempurnakan akhlak. Dan bila ditanya pada saidatina 'aisyah dalam hadis lain tentang akhlak baginda beliau menjawab akahlak baginda ialah al Quran. Banyak sangat kelebihan dia. Sanggup ke nak dengar satu2?"

"Takpe ah. Kira banyak jugak kelebihan quran ni. Lepas ni nk baca lah"

"Nabi kan kata baginda tinggalkan dua perkara dan kita takkan sesat kalau kita berpegang. Quran dan sunnah. Tapi seriously kalau kita jaga hubungan dengan Quran, selalu tadabbur dapat rasa hebat sangat Quran. Banyak gila ayat yang menusuk kalbu. Macam terapi yg boleh hilangkan penat"

"Ohh..betul jugak"

"Baca satu page sehari jadi lah"

"Insyallah nk try dah lepas ni"

"Sebab ada hadis sebut quran ni boleh beri syafaat. Cuba dengar bacaan qari yang best2. Cam shaikh mishary. Saikh saad al ghamidi. Fateh seferagic ke"

"Oh ok insyallah. Doakan ye hehe"

"InsyaAllah boleh. Biarlah bila mati nanti kita bukan orang baik tapi orang yang sedang berusaha"

"Tp kan bila aku nk jd baik, aku takut lah.. Sbb pernah aku solat full satu hari aku jd riak pulak, bangga diri..Pastu aku terus down..bila aku jd jahat takde pulak rasa bangga diri, malah rasa hina diri pulak..
Mcm mana ha?. Baik jd baik ke jd jahat. Sbb Allah tgk hati kan. Bukan amal perbuatan"

"Syaitan ni dah lama sangat goda manusia. Banyak sangat trick yg dia tahu. Salah satunya macam tu lah.Bila buat baik, dia bisikkan riak untuk kita stop. Ikhlas tu benda yang kita kena latih. Awal2 memang lah solat riak. Sebab kita jarang buat. Cuba tiap hari buat. Takkan still riak lagi. Rilek latih slow slow"

"Betul jugak..insyallah try slow2. akhi, konsep tarbiyah tu mcm mana?"

"Tarbiyah ni maksud dia lebih kurang macam mendidik. Tapi dia mendidik ke arah agama. Kalau macam kita nak try berubah, tanpa tarbiyah pasti rebah. Kita perlukan orang lain untuk berterusan support kita. Benda ni secara teori tak nampak jelas. Tapi kalau sekali dah rasa penangan tarbiyah baru kita faham betapa kita perlukan tarbiyah ni"

"Oh..mcmtu..Jadi, matlamat tarbiyah ni utk apa? Kita ditarbiyyah untuk bantu kita dekat dengan Allah. Dan satu hari nanti kita pula yang akan tarbiyyah orang lain. Tujuan utama dia nak didik masyarakat kembali pada Islam. Kita cam perlukan pemuda yang faham agama untuk bawak masyarakat kembali pada Islam. Nabi pernah bersabda mafhumnya "barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan beri kefahaman dalam agama kepadanya"

"Ohh..ok. Cara nk tarbiyah pulak mcm mana? Nk tarbiyah diri sendiri?"

" Macam2. Baca Quran. Pi majlis Ilmu. Jaga solat. Paling bagus start dengan solat dulu. Mula2 penuhkan lima waktu. Lepas tu cuba solat awal. Lepas tu cuba jemaah. Lepas tu cuba khusyu'. Majlis ilmu pon penting. Sebab cane nak beramal tanpa ilmu. Lagipon bila kita pi majlis ilmu, kita tahu yang bukan kita sorang je nak berubah jadi baik, tapi ramai. So jadi lebih semangat

"Masyaallah. Thanks bro. Nnti aku cuba satu2. Orang selalu kaitkan dakwah dengan tarbiyah.
Knp ha? Ada kaitkan ke?"

"Tarbiyyah ni salah satu bidang dakwah. Aci ke jawapan cemtu. Ahaha.Dakwah kan banyak cara. Ada yg dakwah dengan akhlak. Dakwah dengan perkataan. Dakwah kat alam maya. Ada juga dakwah dengan cara mentarbiyyah"

"Ohh..ada kaitan jugak..Syukran akhi. Apa tips nak istiqomah, selain dr buat sikit2 ?"


"Hmm. Kena ada geng. Selalu tengok video ceramah kat youtube. Serious susah nak istiqamah. Ulama' kata istiqamah ni lebih baik dari seribu karamah. Untuk org yg istiqamah Ada benda Allah janjikan. Surah 41 ayat 30

"Mmg susah kan.Nk solat awal waktu pun berat je..Baru solat..mcm mana lah dgn ibadah lain..Insyallah"



*********


Okay sekian sahaja. Minta jasa semua untuk doakan saudara kita yang ingin berubah ni. Banyak lagi soalan yang dia tanya. Tapi rasanya tak sesuai untuk share sebab melibatkan soal akidah. Sekian. 


P/s : Serious kan entry ni. Sekali sekala kena jadi orang yang serious mahu kejar redha Allah :D

Friday 7 March 2014

Madinah Bumi Nabi

Bangun dari sujud, macam tak percaya mata sendiri. Kat blog tulis dah time solat pandang bawah. Tapi mata tetap berdegil nak pandang depan. "Peh gila lawa kaabah ni. Subhanallah". Bukan senang nak dapat saff depan kaabah ni. 30 minit before solat start dah kena ready nak berebut saff. Penat jugaklah aku bertarung membanting tulang dua kerat. Feeling dia memang lain macam sikit. Terbayang entah entah nabi pon pernah sujud kat tempat yang kita sujud. Terbayang nabi ibrahim bina kaabah ni dulu. Terbayang kita saff paling depan dalam dunia. Masjidil haram punya lantai tak pernah panas walaupun time tengahari n ketiak korang dah lecak. Steady je sejuk cam ada aircond. Eh apehal tetiba solat depan kaabah ni. Intro mana intro? K semorang sabar aku nak flashback ni.

******flashback******

KLIA-27 October 2013

Gate dah open. Sampai masa nak check in. Sesi salam menyalam bersama sanak saudara sedang berlangsung dengan rancaknya. Puan ibu sempat memberikan sepatah dua kata. 

"Selalu selalu la contact ibu. Dah sampai nanti bagitahu. Study betul betul. Solat, tahajud dengan Quran jangan tinggal. Cepat cepat la carikan ibu bakal menantu"

K yang hujung tu aku tambah. Lantas aku reply dengan bersahaja

"Ibu pun jaga diri. Jangan naughty naughty. Kalau rindu pi tengok gambar Aaron aziz ke izzue islam ke. Terubat la rindu sebab muka kami serupa"

Sempat aku loya buruk sambil membetulkan rambut yang mula memasuki mata. Kahkah bajet kpop. 

"Eh tu duit ringgit tu taknak ibu bank in kan ke. Kat sana nak buat pa duit ringgit. Bukan ada money changer"

"Takpe bu nak simpan buat pi umrah"
********

Hari demi hari berlalu. Duduk kat mesir ni memang busy. Nak update blog memang tak sempat (power tak alasan). Naik second year drastic gila jadual berubah. Kekadang balik rumah untuk tukar baju je. Bayangkanlah dalam 6 bulan kena habiskan belajar lebih 2000 muka surat. Lepas tu exam tiga bulan. Cuti lebih kurang tiga bulan campur winter break. Dalam usrah pon jadi lebih serious. Kalau dulu time usrah ringan ringan je. Gelak gelak sambil dalam hati mengharap naqib sediakan makanan hari ni. Tapi sekarang usrah jadi lebih serious. Mula bincang pasal gerakan dakwah, bedah kitab sikit, kena hafal Quran, hafal hadis. Aku anggap ni semua cam training sebab memang norma kehidupan budak medic sepatutnya busy. Nanti time housemanship kerja 2 3 hari non stop kot. 

Satu hari tu lepas selesai program aku pulang ke rumah. Hajat nak melepaskan lelah barang semenjak dua (salah tatabahasa kot) terbantut apabila melihat telefon bimbit. Terdapat pesanan ringkas dari aplikasi whatsapp. Wah bahasa baku gitu. Tengok tengok makwe sejak kecil yang whatsapp.

"Aiman free tak? Ibu nak call"

"Lambatnya tidoq. Dah pukul 2 pagi kan Malaysia"

Belum sempat aku sambung bebelan ibu dah call.

"Assalamualaikum ibu. Sihat? Kenapa tak tidur lagi?"

"Ada kerja sikit. Alhamdulillah sihat. Ni ada benda ni ibu nak cakap"

" Oh apa dia. Mana ada aiman salah guna duit yang ibu bagi."

"Ohh kuasam. Patut lah duit cepat habis"

"Hehe gurau gurau. Nak cakap apa?"

"Tadi ibu call mak ngah. Dia nak datang mesir lawat anak dia. Ibu jeles nak ikut tapi tahun ni nak pi haji kan. So takpe lah. Mebi datang time graduate nanti"

Satu 'alolo' aku hadiahkan ke ibu. Nak hulur bahu agak mustahil sebab paling kurang kena berenang enam hari baru sampai Malaysia. Ibu pon sambung cerita beliau.

"Lepas makngah jalan mesir dia nak pi umrah. Ibu dah daftarkan nama Aiman sekali. Nanti join lah sekali diorang"

"OMG SERIOUSLY?"

"Iye lah kan Aiman nak sangat pi sana"

"Terima kasih ibu :')"

Masa tu perasaan dia cam ada anak dara yang lamar kita. Rasa bertuah sangat. Hati berbunga bunga. Jantung mula berdegup kencang. peluh jantan, peluh betina mula menitis. Baby dalam perut mula menendang.  K over. But seriously tak sangka.  Sedar akan hakikat Allah telah pilih kita untuk menjadi tetamu dia ke sebaik baik tempat di dunia. Bukan semua berpeluang. Ada yang punya harta tapi tidak punya tenaga. Ada yang punya tenaga tapi tidak punya masa. Ada yang punya masa tapi tidak punya harta.Tanah yang nabi rindui. Tanah yang menjadi saksi perjuangan dakwah nabi kita yang tercinta (sila selawat. sapa tak selawat dia gemuk).

Teringat dulu masa ibu pi umrah dengan akak and abah. Dia kata dia dapat rasa yang lepas ni giliran aku pulak pi. Ternyata instinct seorang ibu benar belaka. Mebi sebab dulu 9 bulan aku lepak kat perut dia so kitorang ada connection wireless.

*******

"Tidaklah perlu seseorang itu bersusah payah merantau bermusafir kecuali untuk menuju tiga tempat iaitu masjidil haram, masjidku ini dan masjidil aqsa -Hadis-"

*******

Akhirnya tiba hari yang dinanti nantikan. Masa naik flight tu tengok ada sorang makcik arab duduk kat tempat aku. Aku dah start panik dah. Cuak jugak kalau makcik tu suruh duduk atas riba dia. Niat tengah murni nak pi umrah ni. Bila tanya rupanya dia nak duduk dengan kengkawan dia. Adoai comel je. Aku syak umur dia sebaya ibu. Cam biasa hobby dari kecil ialah tidoq. Kapal terbang belum terbang roh aku dah terbang dulu dibuai mimpi.  Dulu pernah flight dari Abu Dhabi ke Malaysia aku tidoq tanpa take five. Tutup mata kat Abu Dhabi, bukak mata pramugari kejut bagi makanan, bukak mata lagi sekali dah kat Malaysia. Punyalah komited terhadap hobby sejak kecil ni.

Sampai kat Jeddah dalam pukul 3 pagi. Gerak ke Madinah dalam pukul 12 tengahari. Punya la lama tunggu semata mata nak dapat cop. Masa sampai tu pelik jugaklah sebab panas. Mesir punya lah sejuk cam duduk dalam peti ais. Dari Jeddah ke Madinah dalam 6 jam. 

Semasa dalam bas cam biasa aku masih lagi melakukan hobi sejak kecil. Bangun bangun je dah sampai madinah. Madinah ni sangat best sebab dia bersih, bangunan hotel semua besaq besaq. Alhamdulillah dapat hotel kurang 200 meter lari bepagar dari Masjid Nabawi. Nasib baik Allah pilih datang time muda. Badan masih bergetah dan sado. So 200 meter tu selamber rock lagi nak ulang alik tiap waktu. Malam tu sampai dalam pukul 10. Duduk hotel yang majoriti orang turki. Orang turki ni aku syak bukan bangsa arab. Diorang semua muka mat salleh. Bila cakap dengan aku cakap turki. Mencik tau. I ni keturunan belanda melayu hokay. Lepas check in semua sampai lah masa yang ditunggu tunggu. Masa untuk melawat ke masjid nabi. Ehehehe.

Pernah tak bila kita someone, semua benda yang ada kaitan dengan dia kita jadi suka. Lalu rumah dia kita suka, tengok tulisan dia kita suka, lagu yang dia suka kita nak suka bahkan team bola yang dia minat pon kita sibuk nak suka. Macam tu lah bila kita dengan nabi. Bayangkanlah selama ni kita cuma mampu bayangkan cane keadaan Madinah, tempat nabi tinggal. Selalu dengar hadis pasal nabi, tiba tiba dapat lawatkan. Malam tu pi dengan sepupu, ariff dengan ayah dia, pak ngah.

Masjid nabawi ni indah dia tak payah cakap lah. First time tengok terus jatuh cinta. Prinsip aku yang tak percaya cinta pandang pertama terpaksa diketepikan. Chewah. Buat pengetahuan, masjid nabawi ni sangat besar, sebentar tadi aku gugel capacity dia boleh cecah 1 juta. Kat masjid nabawi ada banyak sangat pintu yang besaq besaq. Biasa kalau gerak dari hotel tu kita first akan masuk pagar, lepas tu kena jalan dalam 100 meter untuk sampai ke pintu masjid yang besar tu. Kat ruang antara pagar dan pintu masjid ni lah terletaknya payung besar yang orang selalu amek gambaq tu. Dan toilet dia letak kat luaq. underground punya. Best dan selesa! Dalam masjid pula best untuk tidoq  beribadah. Karpet lembut, tiap masa ada kerja meintenance untuk vacum carpet dan mop lantai. Quran tak sempat berhabuk dia dah lap.Dalam masjid pula terdapat tiang tiang besar dan setiap tiang ada Quran tersusun. Wah formalnya bagai menulis diary. Sila lihat diagram di bawah untuk lebih faham











Sekian sahaja untuk entry kali ni. Ada hal nak kena buat. Kalau rajin aku sambung untuk hari2 berikutnya. kehkeh kuasam tak berenti tengah jalan 






















Monday 13 January 2014

warkah buat kekasih

*taip...*
*delete*
*taip..*
*delete*

Hmm nak mula cane ni. Entry kali ni special sikit. Sebab entry ni entry untuk kekasih. Nak buat happy2 cam tak sesuai sebab sedih merindui. Nak buat sedih2 pon tak sesuai sebab sangat gembira mencintai. So apa yang terlintas kat otak akan terus aku translate ke sini. Sebab cinta bukan apa yang di buat buat. Tapi apa yang terzahir dari hati.

Cinta aku pada dia bukan cinta biasa. Cinta kami tak pernah bertemu muka. Tapi aku tahu dia sangat merindu aku sehingga aku tak terbalas rindu padanya. 

Dan bila dinamakan cinta, cinta perlukan pengorbanan. Cinta pada dia ini istimewa. Kerana untuk bertemu perlukan persediaan yang sangat panjang. Perlukan pengorbanan tenaga, pengorbanan masa, pengorbanan harta. Tapi aku tahu pengorbanan ini berbaloi. 

Cinta ini terlalu hebat. Sehingga tidak tertanggung untuk aku mencintai dia seorang diri. Cinta ini perlu dikongsi. Kalau boleh aku nak semua orang turut sama mencintai. 

Cinta ini istimewa. Kerana cinta ini membawa kepada yang Esa. Setiap kata kata. Setiap perilaku. Seriyesly boleh buat melting. 

Ceh jiwang kan? Biarlah nak jiwang dengan kekasih. Kehkeh

Yaa ini cinta paling power. Cinta pada baginda :') 

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

*******



Usai pulang dari usrah dan solat maghrib berjemaah, Rafiq mencuri sedikit masa untuk murajaah hafazan al Qurannya. Semenjak dua menjak ni nikmat kelapangan masa bagai telah ditarik dari dirinya sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Tapi dia tidak mahu mengeluh. Kerana dia sedar yang Allah hantar ke dunia bukan untuk duduk goyang kaki sambil mengharapkan syurga. Usai mengulang satu juzu' dia melihat jam. Ada baki 10 minit before isyak. Dia menggumam dalam hati

"Peh seminggu lagi nak exam. Banyak lagi tak cover. Aku ni ambil medic pon boleh main main. Ni kalau patient tahu ada doctor pesen cam aku ni mesti suma ketaq lutut nak datang berubat. Hihi"

Rafiq buat lawak dan dia gelak sendiri. Lucu juga dengan kehambaran diri sendiri. Dia bukan mengabaikan pelajaran. Bahkan keputusannya selalu memberangsangkan dan layak untuk mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai. Rahsia kejayaan dia satu sahaja. Dia sedar ilmu itu milik Allah. Jadi dia akan fokus seratuih peratuih dalam kelas supaya masa dia yang lain dapat digunakan seoptimum mungkin untuk kerja kerja dakwah. Bagi dia memang study tu nombor satu tapi dakwah bukan number dua. Dia yakin dengan sepenuh hati jika masa yang digunakan untuk benda baik Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Surah al hadid ayat 11 bermain main dalam fikiran.  

"Barangsiapa meminjamkan kepada Allah dengan pimjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat kali ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia"
Dah lah Allah bagi balik berlipat ganda. Dapat pahala pulak tu. Power power. 10 minit berlalu dan dia sempat menelaah dua page, azan isyak pon berkumandang. Tanpa bertangguh dia terus bergerak ke masjid. Duduk menunggu iqamat di dalam masjid antara kelebihannya ialah malaikat akan mendoakan keampunan untuknya selama dia masih berwudhu'. Lagipon dia sedar hakikat syaitan ni sangat licik. Jika kita tergesa gesa masuk saf salat pasti sukar untuk menghadirkan kekhusyukan. Dunia ini ibarat kipas. Dan solat ibarat suis. Walaupun dah tutup suis, kipas tetap akan berpusing sebentar. So bila datang awal mampu untuk bantu fokus dalam solat dan acah acah panas badan. Gitu.

Selepas dia baca blog seorang akhi tentang cara khusyu' dalam solat sedikit sebanyak dapat membantu dia untuk lebih fokus sekaligus meraih pahala optimum. Pahala solat setiap orang tidak sama. Bergantung pada pelbagai aspek seperti khusyu', awal waktu, berjemaah, pakaian, kesempurnaan bacaan dan sebagainya. Baidewei, blog yang rafiq maksudkan ialah doktorhaybat.blogspot.com. Lol. Ehh rafiq ni dah kenapa gelak sensorang lagi.

Selesai dating dengan pencipta dan berukhwah kejap dengan pakcik2 kat masjid dia pon pulang ke rumah. Dalam hati berkobar kobar nak study. Tamo tamo tangguh lagi. Subjek pilihan malam ni anatomy. Rafiq amek earphone dan cucuk ke lubang telinga. Bukak playlist dan berkira kira siapa qari menjadi pilihan. Sheikh mishary kah. Youssef edghouch kah. Fatih seferagic kah. Atau mungkin adik ahmed saud. Scroll punya scroll nak pilih surah apa last last mata dia tertacap pada satu satunya lagu yang ada dalam playlist dia. Kasih padamu dendangan Hafiz hamidun (asal cam tak sesuai ayat dendangan tu -_-). Setiap kali part 'Rasulullah, terlalu rindu' automatik air matanya akan gugur. Kalau penonton di rumah tak caya cuba penonton semua dengar dan hayati lagu tu. Ehh

Belum sempat habis baca satu page, phone rafiq vibrate menandakan mesej masuk.

"Rafiq jom buat sembang semang iman malam ni. Rindu la ikhwah ikhwah sekalian."

Mesej dari adib. Ringkas tapi bermakna. Segera mesej itu dibalas

"okay tunggu tempat biasa :) "

Hilang mood dia nak belajar bila ada ikhwah yang ajak berjumpa. Pernah sekali terlintas rasa malas dia untuk join halaqah. Kemudian adib suruh rafiq tadabbur ayat surah at taubah ayat 38

"Wahai orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan kepadamu 'Berangkatlah kamu pada jalan Allah', kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu? Apakah kamu merasa puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal nikmat hidup didunia ini jika dibanding dengan kehidupan akhirat tersangatlah sedikit"

Sejak terkena tembakan bertalu talu tepat ke dalam hati bila dibacakan ayat ni, rasa malas terus lesap dari dalam diri. Walaupun dalam seminggu ada 5 bulatan gembira dalam jadualnya, dia tidak mengeluh. Ada usrah dengan senior. Ada usrah dengan junior. Ada halaqah khas untuk bincang pasal gerakan dakwah. Dan tak kurang juga halaqah bersama kawan2 yang lebih sempoi tanpa sillibus. Hanya perbincangan iman dan perbincangan isu semasa menjadi tajuk pilihan.

Tiba dirumah adib, Rafiq lihat semua ikhwah lain telah tiba. Iskandar, Redza, Ajwad dan Qayyum. Selepas sesi melaga pipi dan bertanya khabar, halaqah pon dimulakan. Adib sebagai tuan rumah memulakan bicara.

"Assalamualaikum ikhwah fillah sekalian. Maaf ana curi sedikit masa kalian. Kita semua ada exam tapi kita pon kena sedar ada exam yang lebih besar di akhirat nanti. Pertanyaan dari Allah tentang apa usaha kita untuk melepaskan diri kita dari api neraka. Moga sedikit usaha kita ini dapat menjadi hujah apabila disoal kelak. Baiklah kita buat ringkas je malam ni. Ana target 30 minit settle. Okay semua?"

Semua mengangguk laju tanda setuju

"Mesti semua tertanya kenapa ana tiba tiba buat halaqah malam ni kan. Tapi seriyesly tak tertanggung lagi rindu sebab hari esok adalah 12 rabiul awal. Ana rindu sangat dengan nabi. Dan ana tahu kalian juga begitu. So mind to share something about our prophet? Mebi boleh start dengan redza. Boleh enta share kenapa perlunya kita mencintai nabi? Apa yang special sangat pada insan bernama Muhammad ni?"

Redza menarik nafas panjang. Risau belum sempat mengeluarkan bicara aiar mata yang gugur dahulu. Sensitip benar tajuk yang adib pilih. Kata kata dimulakan dengan ayat Quran. Surah taubah ayat 128 menjadi pilihan.

""Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, terasa berat olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi kamu, penyantun penyayang terhadap orang-orang yang beriman."
"Jika kita rasa ibu ayah kita sangat sayang pada kita. Ketahuilah ada orang yang lebih sayang kepada kita. Jika dikumpulkan tangisan seluruh umat nescaya tak tertanding tangisan baginda. Jika dikumpulkan kerisauan seluruh umat nescaya tak tertanding kerisauan baginda. Tiap kali berlaku angin kuat dan ribut, baginda akan mundar mandir kerisauan. Apabila hujan turun, baginda akan bergegas ke masjid kerana risau Allah turunkan azab untuk umatnya. Demi Allah kita tidak akan jumpa sesiapa pon yang lebih risau akan nasib kita di akhirat kelak melainkan nabi kita. Tapi apa yang masyarakat kita buat kebanyakannya perkara yang mengundang azab. Bagai langsung tidak menghargai pengorbanan baginda'

Sekali lagi nafas panjang dihela. Dua tiga orang sudah tidak tertanggung lagi air mata.

Kemudian dia bacakan hadis

"Beruntunglah sesiapa yang yang melihat aku dan beriman denganku (nabi menyebut sekali). Beruntunglah sesiapa yang tidak pernah melihatku dan beriman denganku (nabi menyebut tujuh kali)" [HR az zahabi,al haitami dan ibnu hajar]

Kalau nak sebut satu satu kenapa kita perlu cinta pada nabi nescaya 30 minit yang akh adib target tu selamba ana habiskan. Just kita recheck balik diri kita. Sedalam mana cinta kita pada nabi. Takkan setiap peluh nabi yang keluar ketika berdakwah, tiap titisan darah yang keluar ketika dicemuh dan tiap air mata nabi yang keluar kerana risau kita takmo balas kan? Ana tutup bicara kali ini dengan satu hadis


"Perumpamaan aku dengan kamu adalah ibarat seorang lelaki yang menyalakan api. lalu serangga dan binatang2 melata datang ke arah api tersebut. Lelaki tersebut berusaha untuk menghalangnya. Dan aku memegang penghalang kamu dari neraka (supaya kamu menjauhkan diri dari neraka) sedangkan kamu tidak menghiraukan aku (dan akhirnya masuk ke api tersebut)" [HR Bukhari dan Muslim]

Tersentap jiwa setiap insan didalam bulatan itu bila dibacakan hadis ini. Kemudian Adib meneruskan lagi perbualan. So bagi Qayyum pula. Bila tiba 12 rabiul awal, akan ada sambutan maulid nabi. Enta rasa benda ni dibenarkan atau tidak dalam islam?


"Ikut apa yang ana belajar, tiada dalil yang melarang dan tiada dalil yang suruh. Khilaf ulama'. So terpulang pada setiap individu untuk sambut atau tidak. Ulama' yang melarang menggunakan dalil bahawa nabi pernah bersabda hanya ada dua perayaan dalam umat islam. Aidilfitri dan aidiladha. Jadi jika dia tidak mahu menyambut maulid nabi dia juga mesti adil dengan tidak juga menyambut apa apa birthday, hari kebangsaan and etc. Hari tu ana ada dengar di ikim.fm  ustaz muhadir hj joll beritahu ada disebut dalam sahih bukhari bahawa azab abu lahab dikurangkan sedikit pada hari isnin kerana abu lahab menyambut dengan sangat gembira ketika kelahiran nabi. Nak sambut pada ana boleh. Cuma kita kena sedar yang perkara ini bukan satu sunnah. Mungkin kita akan dapat pahala dengan mengingati nabi dan berselawat. Dan tujuan ulama' memulakan sambutan ini kerana umat islam semakin jauh dari nabi. Kalau bukan pada 12 rabiul awal bila lagi kita mahu mengajak umat islam mengingati nabi. Cuma jangan hanya pada hari itu kita mengingati nabi dan hari lain kita terus lupa. Hehe"

"syukran untuk akh Qayyum atas perkongsian. Mungkin seterusnya Iskandar nak share cara terbaik untuk menghadirkan cinta pada nabi?"

"Bismillah. Segala puji bagi Allah yang telah memilih kita untuk sama sama menambah kerinduan pada baginda Rasulullah S.A.W. pada malam yang penuh barakah ini. Pada ana, cara terbaik ialah kita ikut dengan teguh apa yang nabi tinggalkan pada kita iaitu al Quran dan Sunnah."

"Dan Muhammad berkata, "Ya tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al Quran ini suatu yang diabaikan"" (25:30)

Jika benar kita cinta pada nabi, kita akan jaga hubungan dengan al Quran. Siapa yang sanggup biarkan orang dia cinta sedih? Habaq mai sikit. haa mana ada. Dan al Quran itu sendiri diturunkan bukan untuk kita hanya menyebut huruf hurufnya. Memang dapat pahala membaca al Quran, tetapi hakikatnya al Quran itu sendiri adalah panduan lengkap kita atau instruction untuk kita survive hidup dalam dunia ni. Al Quran ialah mukjizat. Mukjizat berasal dari kata akar arab yang bermaksud 'melemahkan'. Iaitu al Quran adalah mukjizat yang melemahkan musuh. Umat kita sekarang sangat lemah tak lain tak bukan kerana tidak menjaga hubungan dengan al Quran. Selain itu, pada ana cara terbaik untuk menghadirkan rasa cinta ialah kita belajar hadis dan sirah baginda. Kita akan dapat rasa bagaimana indahnya akhlak baginda. Kita akan rasa kenapa sahabat sangat mencintai baginda sehingga nyawa mereka menjadi taruhan untuk menjadi bukti kasih. Kekadang ana rasa macam cerita dongeng. Sampai tak terbayang indahnya akhlak baginda. Selain itu, cara terbaik untuk menghadirkan perasaan cinta ialah dengan dakwah.

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang mungkar" (3:110)


So Allah dah mention dalam Quran kepentingan berdakwah ni. Kalau kita malas nak sambung kerja nabi ni, risau risau tercabut title 'umat terbaik' tu. Kita nak join atau tak dalam gerakan dakwah ni, dakwah tetap akan berjaya. Bila kita berdakwah, kita akan rasa susahnya kerja yang nabi bawa. Tinggi sangat kesabaran yang ada pada diri nabi. Ustaz Jamil pernah cerita ada orang yang nabi dakwah kat dia sampai 70 kali ulang benda sama. Walaupun nabi datang dan dihina, digelar orang gila, dipukul, nabi tetap cekal berdakwah. Cuba bayang kita ni, kalau dakwah orang taknak ikut sekali je terus touching. Kalau kita ni yang kena pukul mahu bertumbuk dah kat situ jugak. And banyak lagi cara tapi satu ana nak share. perbanyakan selawat pada nabi. Kerana selawat ni lah cara kita selalu nak contact nabi. Jadah apa kata cinta tapi lama tak contact tak rasa apa apa. Eh maaf ikhwah sekalian ana teremo pulak. Hehe. Allah suruh hambanya solat. Tapi Allah tak solat. Allah suruh hambanya pi haji dan zakat. Tapi Allah tak solat dan keluarkan zakat. Tetapi Allah suruh hambanya selawat dan Allah juga turut berselawat. Ayat ke 56 surah al azhab dibacakan. MasyaAllah sombongnya  kita ni kalau malas nak berselawat T.T"

Allahurobbi terima kasih kepada akh iskandar atas perkongsian. Moga dengan sedikit perkongsian tadi, kita dapat refresh iman kita dan pastinya menambah nambah lagi sehingga melimpah ke ladang gandum kerinduan kita pada baginda. Okay next mungkin ana nak mintak pada akh ajwad kongsi sedikit bagaimana cintanya orang yang sempat bersama baginda iaitu para sahabat atau cinta para ulama' yang pastinya sangat menggunung pada baginda. Tafadhhal masykuro

"Bismillah. Bercerita tentang para sahabat. Ana terigat tentang kisah seorang sahabat bernama Khubaib Bin Adi. Ketika dia mahu dibunuh oleh orang Quraisy kerana dia beriman dengan ajaran Muhammad, dia berkata : 

"Ya Allah, aku tidak mendapati seorang pon yang dapat menyampaikan salamku kepada Rasulullah. Maka aku mengharapkan kepada Mu agar menyampaikan salamku ini kepada baginda". 

Ketika lehernya akan dipancung bertanya kafir kepadanya. "Adakah engkau suka jika Muhammad menggantikan tempat engkau?". Dia menjawab:

"Tidak, aku sangat tidak suka Nabi Muhammad tercedera walaupun hanya sebatang duri, inikan pula untuk menggantikan diriku"

Kemudian beliau telah dibunuh dengan tusukan tombak dan libasan pedang. Lihat! bagaimana hebatnya iman para sahabat. Bila pula akan tiba giliran kita?

"Di antara mereka ada yang gugur syahid dan ada pula yang menunggu nunggu dan mereka sedikit pon tidak mengubah janjinya" (33:23) 

Banyak sangat kisah sahabat ketika perang yang menunjukkan hebatnya cinta para sahabat. Ketika perang, mereka sanggup menjadi perisai bagi nabi. Bila baginda wafat, Semua sahabat jadi terlalu rindu. Ada yang membawa diri ke negara lain kerana tak sanggup menahan rindu bila melihat tempat yang selalu baginda lalui atau duduk. Setiap kali keluar perang mereka mengimpikan syahid agar dapat kembali duduk satu majlis dengan Rasulullah. Boleh bayang tak hebatnya sayang para sahabat. Ibnu Umar contohnya. Dia cuba mengikut semua yang nabi buat. Bila dia bermusafir dari mekah ke madinah, dia akan berhenti di setiap tempat yang nabi berhenti. Diaa akan qada' hajat dimana tempat nabi buat demikian. Sehingga satu ketika dia beli buah tembikai dan makan dibawah sebuah pohon tamar di luar madinah. Ketika ditanya kenapa dia buat begitu dia kata kerana nabi pernah buat begitu. Imam malik bila mengajar hadis dia akan bersuci dan berwudhu' dan memakai pakaian yang cantik dan wangi. Kerana dia sangat menghormati hadis baginda. Imam syafie ketika berumur 40 tahun dia sudah memakai tongkat walaupun tidak sakit. Kerana mahu ikut apa yang nabi buat. Adoai rindunyaaa. Moga kita juga tergolong dalam golongan yang nabi kenal di akhirat kelak :')

"Aminn. Terima kasih akh ajwad untuk peringatan yang disampaikan. Okay disebabkan kesuntukan masa, Mebi boleh mintak akh rafiq untuk simpulakan sembang iman kita pada hari ni?"

Cepat cepat rafiq lap air mata dan sedut hingus.

"Kesimpulan yang ana dapat, betapa beruntungnya kita menjadi ummat Muhamamad. Kita pumya nabi yang sangat kasih pada umatnya. Dalam Quran sendiri ada menceritakan nabi sebelum ni ada yang berputus asa dalam mengajak umatnya. Tapi nabi tidak pernah rela walau seorang dari kita masuk neraka. Ketika nabi berdakwah di taif dan baginda dibaling dengan batu hingga ketika baginda berjalan, bunyi berkocak darah dari kasut baginda.Ketika malaikat datang dan berkata jika baginda mahu, dia akan menghempap penduduk taif dengan gunung uhud tapi segera dihalang oleh baginda. Baginda juga merupakan role model yang sangat perfect. Sebagai pemimpin, sebagai hamba Allah, sebagai ketua keluarga, sebagai suami.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yang baik bagimu "(33:21)

"Tidaklah sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan manusia seluruhnya"[HR Bukhari] 
So dalam mengejar kesempurnaan iman, tidak boleh tidak, kecintaan pada nabi perlu kita semai dan baja dalam hati agar kelak membuahkan iman yang subur :D

"masyaAllah syukran ikhwah sekalian untuk perkongsian. Sebelum ana tangguh majlis kita, ada satu soalan yang ana nak antum semua fikir fikirkan bila pulang ke rumah nanti. Apa yang antum semua nak buat jika diberi peluang bertrmu Rasulullah?"

Usai halaqah semua pulang ke rumah dengan seribu satu perasaan. Sedih, rindu, gembira. Sebelum masuk tidur, Rafiq terfikir soalan akh adib tadi. Apa yang aku nak buat kalau jumpa nabi ek. Hmm. First nak peluk erat erat. Nak bau harumnya bau badan baginda. Lepas tu aku nak mengadu betapa umatnya telah berpeceh belah sekarang. Semakin jauh dari sunnah. Yang membawa agama bersengketa dengan yang bawa agama. Perjuangan lebih berkisar tentang cinta. Mencari pasangan hidup. Rafiq malu pada diri sendiri. Malu dengan ikhwah syria dan gaza yang perjuangan mereka jauh lebih serious berbanding di Malaysia yang sibuk cari bakal makmum dan bakal imam. Mengenang betapa rindunya dia pada Rasulullah mengalir lagi air matanya.... :'(
اللهم رب البلد الحرام، والحل  والحرام  والركن والمقام اقراء على روح سيدنا محمد منا السلام









Wednesday 27 November 2013

خشوع

Wahab bermuhasabah,
Bermonolog di dalam hati,

"Dah lama aku hidup kat dunia ni.
Macam macam manusia aku jumpa.
Dari kawan yang suka makan biskut hup seng hinggalah kawan yang suka makan kawan. 
Sungguh. Sungguh hati ini benar benar jatuh cinta dengan gadis itu. Gadis yang mampu membuatkan lelaki yang tak minat perempuan pon boleh bertukar selera. Pemilik nama Zaiton Katrina itu mampu membuatkan setiap denyut nadi berdenyut ikut irama cinta. 
Kalau doktor bubuh stethoscope untuk dengar bunyi jantung ini nescaya doktor itu akan salah sangka yang beliau sedang cucuk mp3 ke lubang handphone kerana terdengar irama ombak rindu bukannya degupan jantung lagi. Punya la bahagia. Sehinggalah suatu hari. Semuanya berubah.."

"Eh siot dah rakaat ke berapa ni" -,- 

Ujar wahab kebingungan. Ni rakaat ke tiga ke empat. Eh ni solat asar ke zohor ni. Eh tadi baca fatihah ke tidak. Eh tadi tahiyyat awal ke tidak. Eh amek wudhu' ke tak ek

Semua pernah mengalami situasi di atas? Kalau pesen mengelamun macam wahab ni mohon baling kasut secara berjemaah kepada beliau. Jenis macam ni bukan khusyu' ke laut lagi dah. Khusyu' dia ni aku syak dah sampai ke bintang kejora yang tak mampu nak digapai balik. Punya teruk kan sampai baru teringat belum wudhu'. Entry kali ni kita sembang sikit pasal khusyu'. Sebenarnya busy tak waras (baca : gila) sejak akhir akhir ni. Rasa bersalah kat sesiapa yang ada mintak aku untuk update belog. Malas je nak buat style *tiup sawang* kat blog. Nampak cam gedik. Ekeke. Kali ni nak try buat entry yang ringkas tapi padat dan berlemak krim. Tapi biasanya kalau start menulis susah nak berhenti. Sama macam anak dara start potpet. Susah nak berhenti. Gitu.

"Khusyu' itu bukan kurniaan. Perlukan latihan dan mujahadah agar menjadi suatu kebiasaan"

Apa maksud quote di atas? Dipetik dari twitter aku sendiri. Lulz. Maksudnya khusyu' tu bukan satu bakat yang kita jumpa kat sesetengah orang. Engkorang pernah ke jumpa bebudak tadika yang start belajar solat dia terus khusyu'. Tak pandang kiri kanan? Tak cucuk punggung member depan? Tak korek hidung time solat? Tak buat gaya otromen memancarkan laser? (Otromen ada laser pulak). Takde kan. Ahahaa. Kalau engkorang jumpa budak cemni aku comel. K tetiba. Khusyu' tu bukan satu bakat. Bukan benda yang boleh ditimbang. Bukan benda yang boleh dipertandingkan. Orang yang tak pernah khuysu' dia tak tahu camne perasaan khusyu' tu. Orang yang khusyu' pon tak tahu nak terang apa itu khusyu'. Aku nak sembang lebih pon tak berani sebab belum tentu ni yang paling banyak cakap ni tergolong dalam golongan yang khusyu'. Risau setiap perkataan yang ditaip nanti Allah tanya. Fuhh.

Ehh jap iklan. Boleh tak nak mintak selawat pada nabi 10 kali. Lebih lagi bagus. Jangan kedekut naa nak hadiahkan selawat. Bertambah tak rindu pada Rasulullah?

So basically cane nak raih khusyu' ni? Kalau nak dapat ikan kena memancing. Nak dapat ayam kena menjerat. Nak dapat anak dara kena ngurat wali. Nak dapat khusyu' pula? Wujudkah alatan doremon yang mampu menghadirkan 
khusyu'? First sekali yang paling basic wudhu' lah kan? Kalau wudhu' tak sempurna cane nak khusyu' dalam solat? Wudhu' pon kalau boleh biarlah wudhu' yang berkualiti. Nak cerita sikit pasal advantage jaga wudhu' boleh? Kalau tak boleh takyah la baca pasal wudhu' ni. Takkan tu pon aku nak ajar? Lol. Dalam hadis ada sebut nabi terdengar tapak kaki bilal di dalam syurga. Apa amalan bilal? Yaa jaga wudhu'. Dan dia buat solat sunat tiap kali amek wudhu'. Peh time winter sekarang ni memey kalau boleh nak tahan wudhu' dari subuh sampai isyak. Terketaq lutut nak tahan sejuk bila amek wudhu'. Kalau boleh nak tahan dua tiga hari. Eheh. Takpe mujahadah sikit. Banyak kot pahala. Lagipon siapa yang ada wudhu' dan dia perbaharui wudhu' dia akan dapat 10 hasanah (kebaikan) kan? Wudhu' pon bagus sebab boleh menggugurkan dosa kecil. Selalu kan baca hadis kat tibi tu. Selain itu, kat akhirat nanti, nabi kenal umat baginda melalui wudhu'. Lepas tu bila selalu wudhu' ni, nak buat apa apa amal pon jadi senang. Nak baca Quran nak solat sunat ke. Tak caya ce try. Serious banyak lagi nak cakap tapi memikirkan ini baru point first dah panjang berjela takut engkorang muak pulak nak baca. K kita proceed.

Antara faktor penting ialah dressing kita. Nak pi dating dengan tuhan kot. Jangan la selekeh sangat. Wangi sikit apa salahnya. Jangan sampai jemaah lain tak selesa sebab kita. Aku pernah pi satu sekolah pondok ni tok guru dia tak kasi pakai seluar pi solat. Dia kata tak special la pakaian solat sama dengan pakaian luar solat. Tapi memang agak selesa kot bila solat pakai kain pelikat. Tapi biasa kat sini aku pi solat pakai seluar jeans ngan t-shirt je. Sebab kalau pakai kain pelikat orang arab ingat baru lepas jima' -_- . Aku pon tak tahu asal depa pikir cenggitu. Lagipon kalau pakai baju melayu risau pulak ramai anak dara update status melting tengok aku segak berbaju melayu. *Lempang diri sendiri*

Seterusnya tempat solat. Kalau style student Malaysia kat sini dorang punya style pilih berdasarkan speed. Sebab kekadang selang 20 meter ada masjid. Memang berlambak masjid kat sini. So mana cepat iqamat kita solat situ. Masjid pon student Malaysia bagi nama bebukan. Masjid Ferrari lah. Masjid Mclaren lah. Berdasarkan speed solat. K orang lain jangan tiru mende camni. Tempat solat biarlah bersih. Takde gambar bebukan. Datang jangan lambat sangat biar tak terkejar kejar imam. Dulu aku time sekolah punya pemalas perangai. Dari dorm boleh dengar bunyi mic kat surau. So bila tahiyyat awal baru gerak. And kalau jogging2 sikit sampai surau tepat2 tahiyyat akhir. So boleh solat lelaju. Tapi memang semput. Nak baca fatihah pon mengah je. Jangan ikut perangai tak senonoh ni. 

"Tuntutan solat itu ada tiga: 
1)Berjemaah
2)Solat di tempat azan dilaungkan
3)Solat awal waktu"

Quote atas ni hadis kalau tak silap. Ni aku bagi essaimen sikit. Cari matan hadis yang sebenar. Tak dapat satu, jangan tinggal semua. Semasa entry ni ditulis, penulis baru pulang dari alex, jam menunjukkan 2.32 pagi, musim winter, taip entri bawah saratoga. So cam tak larat nak bukak kitab (alasan). 

Tips lain antaranya: jaga makanan yang halalan toyyiba. Jauhi perkara haram dan syubhah. Jangan tahan kalau nak iyak atau nak kincin. Mata pandang tempat sujud. Kalau makanan dah tersedia pi makan dulu. Baca surah nas before start solat. Before solat bersugi (ada hadis sebut dapat pahala 70x ganda). And yang palingggggg penting. Mesti faham apa yang kamu baca tu. Bila tak faham tu cane khusyu' nak hadir. Takpe start slow2. Sehari fahamkan dulu maksud fatihah. Esok maksud rukun lain pulak. Occay? (Letak jari kat pipi sambil lentuk kepala). Tapi bila kamu fikirkan balik hakikat solat ni. Memang bukan satu mainan. 24 jam Allah bagi, beberapa minit je kita spend untuk sujud pada Dia. Dan malu kalau beberapa minit tu pon penuh cacat cela. 

"Orang yang anggap solat itu untuk lepas tanggungjawab dia akan rasa lega lepas solat. Orang yang anggap solat itu suatu keseronokan berhubung dengan Allah dia akan rasa lega semasa solat"

Ni nak habaq sahabat nabi punya khusyu' cane. Aku cerita secara ringkas. Ada satu ketika sorang sahabat (nama tak ingat) kena panah di kaki. Sakit sangat nak cabut. Lepas tu dia kata cabut lah semasa aku sedang solat. Sebab masa solat dia tak rasa langsung sakit tu T.T. Nak banding dengan kita punya khusyu'. Jangan kata panah, sekor lalat pon dah lebih dari cukup nak hilangkan khusyu'. Sahabat bila solat ada yang sampai burung bertenggek kat dia. Tak bergerak langsung. Cara ulama' nak dapat khusyu' pulak cane? Mereka bayangkan depan mereka Allah. Kanan mereka syurga. Kiri mereka neraka. Bawah mereka titian sirat. Belakang mereka malaikat izrail. Allahurabbi.

So ada semangat tak ni nak jadi orang yang khusyu'? Ehehe. Cuba sekali kita azam. "Solat kali ni aku nak try khusyu'". Lepas tu cuba istiqamah. Kekadang fikir balik dah berapa tahun kita solat ni pernah ke sekali kita rasa apa itu khusyu'. Tepuk dada tanya iman beb!

Dan orang yang khusyu' bukan hanya dalam solat tapi luar solat sekali. Eh guane tu khusyu' luar solat? Adakah perlu tunduk sampai langgar tiang letrik? Ohh bukan. Tu buang tebiat namanya. Orang yang khusyu' ialah orang yang yakin dia akan pulang ke akhirat untuk kembali kepada rabb yang menciptakan dia. Setiap perbuatan dia dipandu dengan hati yang takut akan hari kepulangan itu. Tak caya? Ce bukak Quran sekarang. Surah 2 ayat 46. Saja nak suruh korang tadabbur sendiri. Kalau baca kat sini kurang umpphh. Orang yang khusyuk juga ialah orang yang selalu menangis dalam sujudnya (17:109). Okay ni betul betul last. Kalau rasa belum sampai masa untuk kamu menjadi khusyu' cuba sentapkan diri dengan ayat ni (57:16). Moga bermanfaat!

P/s: sorry tak sambung pasal mesir tu. Nanti kalau diberi kelapangan masa insyaAllah update. Doakan untuk exam lagi seminggu lebih. Cuak woo banyak belum study. Kalau tak faham pape or ada cadangan kabo ke aku takde hal punya







Saturday 12 October 2013

Mesir, rindu gila baq hang

Semenjak dua menjak ni, garis masa (baca timeline) aku dipenuhi dengan isu umat islam yang seronok diratah musuh. Tak kisahlah garis masa tuiter mahupun efbi pasti penuh dengan gambar mahupun berita terkini mengenai umat islam. OIC sesuai dengan namanya hanya oh i see bila melihat apa yang berlaku. Aku sangat pasti saudara kita tertanya dimana saudara seagama. Tak mampu bagi bantuan ketenteraan kenapa tidak bantuan kemanusiaan? Moga jangan sampai Allah tarik nikmat keamanan kita kerana sikap kita yang tidak mahu ambil tahu. Nabi sendiri kata siapa yang tak ambil kisah pasal saudara seislam dia bukan dari kalangan kami kan? So pembaca sekalian yang budiman jangan pernah gunakan alasan 'tak mampu angkat senjata'. Tipu sangat alasan ni. Alasan lapuk tak trending tak swag langsung. Siapa yang bagi alasan cemni sesuai untuk kita bash, pulaukan, baling tomato, bacakan yassin atau paling kurang buang negara. Kan nabi dah habaq doa itu senjata mukmin. Yes guna sebaiknya senjata ni. Ringankan tangan untuk doa. Ringankan tangan untuk share apa apa yang mampu bagi kesedaran pada ummat. Sekurang kurangnya ada modal untuk menjawab bila Allah tanya nanti.

Entry kali ni aku mulakan dengan sedikit muhasabah. Hisab diri sebelum Allah hisab kita. Kata cinta. Cinta itu perlukan pengorbanan. Korban harta. Korban masa. Korban tenaga. Dan sampai satu masa yang paling indah korban nyawa pula. Cemburu pada saudara di negara yang lain kerana besar ujian yang Allah bagi. Setiap ujian yang Allah bagi tu akan dapat combo pack. Dosa ampun pahala tambah darjat naik. Tapi tu la kan nama pon manusia. Selalu anggap ujian tu satu beban. Sedangkan beban tu salah satu ujian yang dibebankan. Cekodok jugak ayat aku kalau baca balik. Kekeke

Okay awal awal aku gitau kali ni nak tulis pasal mesir. Pepatah "tak surprise laa kalau bagitahu awal awal" selamba aku persetankan. Bukannya apa. Takut ada penghidap penyakit darah manis tinggi baca entry aku lepas tu dia terkejut tetiba aku cerita pasal mesir. Kan naya tu. Entry ni bukan nak ulas pasal keadaan kat mesir. Bukan nak cerita camne huru hara tu boleh berlaku. Melainkan menceritakan pengalaman selama belajar di sana. Mana tahu lepas ni kerajaan dah tak bagi pelajar balik ke sana so entry ni boleh la anak cucu nak rujuk kalau nak tahu camne kehidupan kat mesir. Mana tahu entry aku jadi bahan rujukan para pengkaji sejarah kan lagi 1000 tahun. Kahkah. Tak main dah nengok kat batu bersurat ke kat gua. Bila jumpa kawan lama,makcik cashier pasaraya, pakcik tebar roti canai, adik jual cd cetak rompak atau apa apa lapisan masyarakat sekali pon mereka akan tanya pasal mesir. Semua ingin tahu apa itu mesir. So bila engkorang dah habis baca entry ni aku syak orang yang duduk mesir dah takde modal dah nak kerek ngan engkorang. Kay tu tipu

*flashback*

Kroih kroih..

Kedengaran suara dengkuran housemate.

Krik krik

Terdengar suara riang kokokan cengkerik

Aku menghunus telefon bimbit, lantas melihat waktu di skrin yang tertera. Okay cun dah 2.30 pagi. waktu musim panas cegini memang sinonim dengan waktu malam yang pendek. Kurang lebih 45 minit lagi waktu subuh akan menjelang tiba. Menjadi kebiasaan para student untuk menunggu teruih waktu subuh. Lebih lebih lagi musim exam. Tak tidur malam itu menjadi asam garam dalam kehidupan.

Taknak kejar pahala sensorang, semua housemate aku kejut. Macam macam reaksi ditunjukkan. Ada yang mengurut dada, ada yang tus air liur, ada yang bukak mata buat muka comel dan tak kurang yang hanya steady memeluk tubuh. Seorang kawan berjaya aku tarik ke jalan yang benar. Kalau dia takmo follow tadi mau tergugat jugak iman nak gi masjid sensorang pukul 2.30 pagi ni. Kes rompakan pon semakin menular sejak akhir akhir ni. Tapi aku tahu perompak tak mampu nak rompak pahala. Dan bila ada kawan ni boleh lah aku jadikan dia umpan untuk aku larikan diri. Hahahaha. Memang buat benda sunat ni lagi afdhal buat sorang cam housemate aku yang lain buat (husnudzon). Tapi aku ni kalau buat sorang stamina tak kencang sangat. Senang pancit.

Usai solat subuh ada pulak tazkirah subuh. Mata aku dah stim je ngantuk. Tapi nak blah gitu je tak jadi pulak mengenangkan ada sesi makan nasi lemak lepas ni. Tazkirah kali ni diberi oleh ustaz shafiq. Pelajar jurusan agama. Memang ni advantage paling besar belajar di mesir.Banyak ulama' dan orang alim untuk kita bergaul. Syaitan yang tengah dok gayut mata aku bertempiaran lari bila ustaz memulakan tazkirah. Dibuka dengan sedikit tadabbur ayat al Quran. Lepas tu bukak cerita pasal syria. Ternganga jugak dengar tazkirah tu. Untuk pengetahuan engkorang scene ni terjadi beberapa minggu sebelum Dr. Morsi digulingkan. Ucapan yang aku takkan lupa. Tersemat dalam hati. Memberi harapan pada sinar islam.

"Dulu salahuddin al ayubi ketika membina kerajaan yang hebat itu, dua bandar utama yang dia bukak ialah kaherah dan syam (syria). InsyaAllah jika mengikut strategi salahuddin al ayubi ni, kaherah dah dalam tangan Islam, tinggal syam yang kita nak tawan. Takbir!"

Fuhh masa tu memang cukup semangat. Tak sabar nak tengok khilafah kembali tertegak. Ingin melihat umat islam kembali berlumba dalam mengerjakan kebaikan. 

*flashback*

Power kan dalam flashback ada flashback. Takpe tak perlu puji. Kehkeh

Pramugari mengarahkan semua penumpang pakai seatbelt. Cepat cepat aku pakai. Risau jugak kalau lambat pakai para pramugari amek kesempatan nak tolong pakaikan. Saja lettuw nak raba tubuh sasa aku. Akhirnya touchdown juga dibumi yang digelar ardhul kinanah. Masa datang tu memang tak tau mende ardhul kinanah ni. Tau sebut je sebab cam stylo an. Kalau buat slogan parti boleh menang pilihan raya aku syak sebab stylo sangat. 

Ardhul kinanah ni ada dua maksud. Bumi panahan atau bumi perbendaharaan. Bumi panahan tu maybe sebab panahan rahmat Allah kat bumi berkat ni. Bumi yang banyak Allah mention dalam Quran. Dari segi bumi perbendaharaan pula maybe sebab banyaknya ulama' kat negara ni. So bila kaya dengan ulama' mesti kaya dengan ilmu. So kekayaan ni la yang dimaksudkan dengan perbendaharaan tu. Banyak lagi nama gelaran bagi mesir yang disebut dalam hadis. Kalau nak tahu PM aku. Sertakan pengeras sekali ea. Ghahahar.

Keluar dari kapal terbang tu aku dah pelik dah. Kawalan tak ketat langsung. Kalau kat Malaysia macam macam dia nak check. Muka innocent plus baby face cam aku jugak tak terkecuali untuk di spot check. Lepas tu kat Cairo Airport tu aku pergi toilet dia ada satu je mangkuk tandas. Aku dah syak bebukan. Takkan airport bebesar satu mangkuk tandas je woi. Gumam aku dalam hati. Aku syak diorang saja buat tandas yang zuhud. takut timbul rasa riak agaknya. Lepas tu jumpa la senior yang akan bawak kita ke tempat tinggal. Keluar pintu airport je telinga aku dapat tangkap satu bunyi sumbang. Bunyi yang mampu membangkitkan kemarahan. Gegendang telinga vibrate tak tentu arah dengar bunyi tu. Bunyi apa? Nantikan... 

*bersambung*

P/s: Mesir tu indah. Lek lu episod seterusnya baru cerita keindahan dia. Selamat hari raya korban semorang!