Sunday 10 February 2013

Tak Kenal Medic Acano Nak Cinta?

         Tiap kali hari Ahad kelas aku direct tujuh jam. Dan hari ini hari ahad. Dulu cikgu Syuhada (nama sebenar) ajar aku, dua ayat yang first tadi tu kita boleh sambungkan guna kata hubung. So just nak bagitahu hari ni kelas aku tujuh jam. Dia punya busy hari ni nak kabo kalau rasa nak bersin pon tak sempat. Tangguh dulu. Balik rumah petang karang baru bersin. Hebat bukan hidup pelajar medic. Kelas aku 6 hari seminggu. Dan hari cuti pon ada kelas tambahan. Hebat bukan hidup pelajar medic. Aku pon dah tak tau nak tulis apa untuk tambah perasa acah-acah cam budak medic busy sangat. Hoho.

Tidak sama sekali kawan-kawan. Bersedialah untuk ubah minda anda
*buat gaya fadhilah kamsah*
*mata pandang ke hadapan dua ratus meter*
*muzik rancak*
*jantung berdegup kencang*
*dari mata turun ke hati*
     

            Amboi da serupa penyepit baju muka masing-masing bila cuba menghayati. Ahaaha. Aku cuak sebenanya nak tulis entry ni. Tujuan aku nak tulis bagi engkorang kenal lebih mendalam pasal medic. Kenapa nak pilih medic. Dan aku harap lagi ramai amek course ni memandangkan kat kelas aku 7 orang je makhluk yang membawa chromosome XY aka maskulin. Yang lain sume Feminin semata. Kalau kabo ke badak sumatera pasal populasi kami ni aku syak bersyukur juga dia. Baru tau ada geng yang nak pupus. Aku pon baru sepurnama dua belajar. So sikit-sikit ja bole kongsi. Mana yang kurang harap engkorang maafkan. Yang tak puas hati jugak bole talipon sendiri ea talian nur.


          Okay apa kelebihan doktor. Aku pernah terbaca kat satu blog. Jadi aku share kat sini apa dia cakap pasal ziarah ni. Semoga Allah membalas kebaikan beliau dengan yang lebih baik. Firstly kalau jadi doktor mesti hari-hari akan berhadapan dengan orang sakit. Ye dak? Tak kan engkorang jadi doktor jumpa orang nak bayar bil letrik pulak. Kalau ada mungkin bole bacakan talkin segera. So secara tidak langsung kita mengamalkan satu kewajipan sebagai seorang muslim yang sangat kekasih kita galakkan iaitu menziarahi saudara kita yang sakit.


Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.”
[HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”.
 [HR Muslim]


Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.”
[HR At-Tirmizi]


           Allahu. Mudahnya dapat pahala. Yang penting apa? NIAT. Okay seterusnya kelebihan kita bila berurusan dengan orang sakit ni dia berada pada kondisi (ayat sinetron) yang sangat lemah. Tak kisah lah dia tu menteri ke dato' ke orang kaya ke artis ke forum perdana perdana menteri ke diorang akan jadi sangat tersentuh. Bahkan kalo ada bebudak wakil sekolah badminton pon kalau engkorang tanya "awak ngan saya sapa lagi power main badminton?" mesti dia kabo engkorang lagi power. So masa ni kita kena guna dengan baik. Cakap dengan sopan kat patient. Bagitahu apa sakit dia. Kata ini ujian dari Allah. Suruh dia amalkan selawat atau zikir. Cuba bukak hati dia. Biasa orang lepas sakit akan berubah jadi lebih baik sebab sakit itu salah satu kifarah dosa

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

                  Cuba bayangkan kalau zikir yang kita ajar tu mereka amalkan sampai bila-bila. Kita pon akan dapat share. Cuba bayangkan dia seorang guru. Kita berjaya sedarkan mereka. Lepas tu tiap kali kelas dia bagi peringatan iman kat anak murid. Kita dapat share. Kita berjaya rawat mata orang. Tiap kali dia melihat sesuatu yang baik. Kita dapat juga share.


                    Kalau engkorang jadi doktor jugak boleh membuatkan kita selalu mengingati mati. Nabi ajar orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati. Ada seorang doktor pernah bagitahu dalam beribu pesakit yang dijemput ajal setiap hari hanya beberapa orang yang mampu mengakhiri kalam dengan Lailahaillallah. Semoga dipermudahkan saat sakaratul maut buat pembaca semua.


                  Seterusnya bila kita belajar medic kita akan sentiasa ada point nak bersyukur. Tiap benda yang Allah cipta sangat mengujakan hati dan iman. Kenapa medic susah? Sebab kita belajar ciptaan yang paling sempurna. Tiap inci ruang tiada satu pon yang dipersiakan. terlalu lengkap. Dalam berbillion manusia semua ada satu hidung,dua telinga,dua mata dan satu mulut. Tapi hebatnya khaliq mampu menghasilkan variasi wajah. Manusia takkan mampu menandingi ciptaan Allah. Nak suruh lukis muka baru yang tiada dalam dunia sama laa macam suruh kita imagine warna baru. Ada yang mampu? Banyak perkara yang kita boleh kaitkan dengan al Quran dan sunnah nabi yang jelas tepat dengan sains. Tapi tu nanti kita bukak table lain okay? Dakwat pon dah nak habis ni.


                 Bila amek medic,secara tidak langsung kita akan jadi orang yang mencintai ilmu sebab apa yang kita belajar kita boleh aplikasi dalam kehidupan. Seriously kita akan jadi rasa macam nak tau je sume benda.  Walhal dahulu biology kalo nak banding dengan dora the explorer sonok lagi jawab dora tanya mane dak musang. Sampaikan kalau aku tengok orang-orang comel lote aku boleh nampak dia macam mayat yang dekat lab tu. Tengok mamat ni aku bole xray owh kat sini ada muscle ni,ada groove ni, ada tuberosity,ada fossa, ada organ. Aku syak lagi 6 tahun aku dah ada kuasa x ray. Fantastic four pon terpaksa tukar Fantastic Five. Kakaka. Sumpah banyak lagi nak share tapi malam pon da mula mencapai usia senja. Tak muda dah. Aku sanggup jalan jauh tadi nak topup broadband demi engkorang. Sila terharu. Tak terharu aku santau sensorang. Muehehe.


p/s : pecah kaca pecah gelas, Dah baca harap balas. Meow *gedik*

               

2 comments: