Thursday 7 February 2013

Niat Itu Penting. Tahu?



                  Sedang aku menyemak buku sejarah tingkatan lima yang berwarna purple umpama air keladi pak amat di bazaar ramadhan hati aku terdetik "aku pon nak cipta sejarah!". Lekas aku bergegas membuka kekuda laptop dan lantas jari aku bergegas menari tango menaip di keyboard. Maka jadilah aku seorang blogger.




                   Teeetttt. Itu sume mengarut semata-mata. Saja bagi engkorang saspen. Kalau power engkorang mesti boleh detect ayat di atas pembohongan semata-mata. Firstly, tak kan laa aku baca buku sejarah pulak. Dulu pon masa sekolah buku tu da berpuaka. Bukan setakat bersawang, bunga rafflesia sama bunga mawar khayalan pon dah bermastautin di situ. Nampak x betapa aku x minat sejarah. Muehehe. Secondly, takkan laa aku baca buku sejarah tetiba ada laptop kat depan. Ini adalah pantang larang Puan Ibu. "Belajar mesti fokus" ujar beliau sambil menonton samarinda pada malam minggu. Faktor kedua ni aku maafkan kalau engkorang tak dapat detect sebab bila masa pulak kita ni adik beradik. Ye dak?




Kay ni bukan jejak kasih




                 Hoi da lari tajuk. Niat? Kenapa tetiba niat? Tak de idea lettuw nak tulis apa. Mungkin ini yang bermain di fikiran engkorang kan. Kalau betul engkorang fikir camni korang memang kurang asam. Kakaka. Bukan xdak idea. Tapi ni kan entry pertama so aku nak tajdid niat balik kenapa aku buat blog ni. Adakah kerana inginkan nama? Adakah kerana inginkan harta? Adakah kerana inginkan isteri yang solehah?(apa kaitan). Ohh benar sekali. Aku inginkan nama aku dikenali oleh penduduk langit. Aku inginkan saham akhirat. Aku ingin menjadi lebih baik agar dipertemukan dengan isteri yang baik. Yang membawa aku lebih dekat dengan agama. Macam poyo kan. Tapi itu hakikat. Allah dah janjikan dalam al Quran.



               



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
   
             
So aku harap bila buat blog ni aku boleh refresh balik iman aku. Aku nak share ilmu yang bermanfaat. Aku belajar medic tapi tak salah kan aku nak ajak orang lain ke arah kebaikan. Aku tak kisah kalau blog aku ni orang baca setahun sekali pon. Aku cuba untuk berdakwah dengan yang lain. Walaupun orang kata blog aku ni lagi bosan dari baca ingredient syampu masa tengah membuang. Aku chill je. Walaupun mungkin kawan sekolah aku kata karangan BM dulu malas nak hantar tapi ada hati nak buat blog. Aku chill je. Walaupun housemate aku akan bahan aku sebagai blogger. Aku chill je. Sebab nanti aku tau cucu aku mesti bangga atuk dia seorang blogger. Ehh bukan. Sebab aku mengejar tiga amalan yang berterusan selepas tinggalkan dunia yang fana ni.


Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad saw bersabda : 'Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi faedah kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya'.
 (HR Ahmad)



      Harap niat aku untuk dapat isteri solehah kongsi ilmu akan tercapai. Aku harap suatu hari nanti bila aku lost. Bila da tension sangat dengan medic aku bole baca blog sendiri dan kembali dekat dengan ilahi. Amin insyaAllah!




      So niat. Apa maksud dia. Ingat dulu masa form 4 ada belajar dalam al Quran dan as Sunnah. Ustaz kata niat ni membezakan ibadah dan perbuatan yang sia2. Contohnya sorang tu dia bela janggut sebab nak nampak ala-ala david villa. Sorang lagi bela sebab ikut sunnah kekasih kita. Nampak dak? Sorang hamba Allah duduk kat masjid tunggu kawan. Sorang hamba Allah duduk kat masjid tunggu kawan tapi dia niat iktikaf kat masjid. Nampak dak? Kalau x nampak ayuh ke kedai cermin mata nusantara. Lulz. Dalam hadis 40 Imam Nawawi juga ada disebut mengenai niat.


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesunggguhnya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah di dunia ini kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.


So aku harap selama aku berkecimpung dalam dunia blogger ni, Dia tetapkan niat aku supaya sentiasa mencari redhaNya.



            Lagi satu yang sangat bagus pasal niat. Nak tunjuk betapa Allah sayang kita. Nak tunjuk betapa mudahnya dapat pahala. Kalau kita niat baik je kita dapat pahala. Kalau kita niat jahat x dapat dosa pon sampailah kita betul-betul buat. Kalau kita niat jahat lepas tu cancel  pulak nak buat jahat dapat lagi pahala! Sayang Islam <3




             Dulu aku pernah bagi tazkirah (kena paksa) kat kelas pasal niat ni. Aku bagitahu kita sebagai doktor muslim kena sentiasa tetapkan niat. Tiap kali kita keluar rumah kena tajdid niat kita. Niat tuntut ilmu kerana Allah. Teringat dua hadis yang masyhur ni..



Dari Anas RA : Rasulullah saw bersabda : Tuntutlah ilmu walaupunke negeri Cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para Malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut.



Barangsiapa menempuh jalan menuntut ilmu
maka Allah mempermudah baginya jalan ke syurga.
(HR Muslim)

             Satgi ending aku bagitau laa niat aku nak jadi doktor sebab nak sambut sendiri zuriat aku nanti. Semua terkesima. *satu kelas gelak*. K korang kejam.

P/S: sory tulisan buruk (^3^)

6 comments:

  1. Aiman blog kau bleh thn..truskn..klau ada next entry bg tau.aq akn bce.
    Psl kt kelas btol ke?hahah..

    ReplyDelete
  2. Aiman. Nice works. keep it up doctor :))

    ReplyDelete
  3. haha..last hope tu mmng agak kelakar..

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus..sy ske syum sorang2 time baca..tnks dr aiman huhu

    ReplyDelete