Saturday 16 February 2013

Nak Murah Rezeki?

              Pagi tu aku bangun pagi cam biasa. Xdak apa yang menarik. Takdenya aku bangun mulut bukak dulu baru mata bukak. Malam tu jugak gua mimpi balik Malaysia. Tengah feel makan nasi lemak sambil menonton Wanita Hari Ini tetiba aku tersedar. Aku keliru jugak asal udara berpasir pastu ada bau unta ni. Baru sedar aku kat Mesir. Beribu batu dari Tanah Melayu. Hajat dihati ingin menyambung mimpi indah segera aku bantah dengan berani kerana memikirkan syaitan yang memagari aku dengan tiga ikatan. Pagar pertama segera aku rempuh dengan membaca doa bangun tidur disertakan pujian kepada yang Esa kerana diberi peluang melihat dunia selepas mati sementara. Lapisan kedua juga berjaya aku handle dengan tenang. Wudhuk menjadi senjata. Walaupun winter ni x sah kalo x gigil seribu bahasa. Dan ikatan yang ketiga hancur lebur saat takbir di angkat di atas sejadah.

Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah Ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwuduk, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih).

          Usai solat subuh dan sedikit munajat kepada Pencipta aku layan al Waqiah sama maathurat. Bila pandang Quran aku tahu dia yang akan menjadi pembela kelak di akhirat. Malu dengan diri sendiri kalau biar dia terabai. Apalah sangat 24 jam Allah bagi nak luang seminit dua untuk hari yang kekal nanti. Surah waqiah surah yang sangat digalakkan untuk diamalkan. Dulu Puan Ibu memang suruh aku baca hari-hari bagi murah rezeki katanya.

       Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

          Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
    
                       Banyak lagi hadith tentang kelebihan surah Waqiah. Engkorang cari sendiri. Lepas habis tu aku x tau nak buat apa gua pon berkabung bawah saratoga sambil usha timeline twitter. Saratoga tu nama selimut tebal tau. Jangan tetiba ada gosip kata aku tidur sekatil dengan dak Sara binti Toga. Dengar nama pon dah macam tahyul da. Kakaka. Aku perati je macam-macam jenis manusia kat timeline. Sibuk dengan urusan dunia. Xnk nampak gedik kalau mengucapkan selamat pagi kat twitter so aku amek langkah berjaga-jaga dengan menghilangkan diri dari timeline, Terus aku capai tuala hijau aku. Adegan lepas tu pastu xyah cerita kot. Censored.  Mesti engkorang pelik apa motif aku cerita bnda ni. Tenang sume. Jangan nak marah-marah sangat. Aku lempang sorang-sorang kang. Garang kan? Hewhew. Motif dia jangan tidur lepas subuh. Bak kata orang tua-tua lepas subuh jangan tidur. Pintu rezeki tertutup. Kalo engkorang perhati kenapa ayam suka berkokok lepas subuh? Ustaz kata ayam berkokok sebab nampak malaikat pembawa rezeki. So x dapat sangkal lagi yang waktu pagi memang penuh dengan barakah dan rezeki. Ada satu kisah ni....

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

                        
Ilmuwan islam yang terkenal, ibnul Qayyim pernah berkata:

“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan
 akhir harinya seperti waktu tuanya.”
       
                        So kalau pagi-pagi da bermalas-malasan tidur memang sampai ke petang tak produktif. Lepas abis mandi aku pon menyarung pakaian. Macam biasa. Seluar jeans dgan t shirt round neck. Aku gi kelas malas nak smart-smart. Simpan smart aku masa jadi raja sehari nanti. Muehehe. Ada anak dara pernah kata aku kulit biawak sebab pi kelas x pakai winter coat masa winter. Kuang asam betoi.  Biasa kelas start 8.30 pagi. So disebabkan awal aku da siap, aku bagi hadiah untuk diri sendiri dengan solat dhuha. Tak susah pon. Dua rakaat. Masak maggi pon x sempat kembang dua rakaat tu. Amalan ni memang sangat digalakkan kalau nak murah rezeki.


Dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :

 “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.


                       Aku biasa kalau siap awal pon aku tunggu biar sampai kelas nanti lambat 5 minit ke 10 minit. Bukan apa aku malas bertembung dengan anak-anak dara yang gerak awal. Masing-masing jalan macam rombongan pengantin sekaligus menyebabkan trafik gerak perlahan. Setelah salam dan cium tangan housemate aku terus memulakan perjalanan yang mengambil masa 15 minit ke gamaah(university). Setelah meredah semak dan belukar, bertarung dengan singa dan merentas tujuh lautan, aku akhirnya perlu merentas sebuah halangan terakhir. Iaitu lebuh raya. Ada je jejantas 10 meter dari situ. Tapi sebab aku rasa aku cukup power aku saja amek jalan yang mencabar. Tanpa segan silu, aku lintas jalan dengan lincah sambil berharap ada anak dara yang perasan kelincahan aku. Gambar  berikut menggambarkan betapa ekstrimnya laluan yang perlu aku lalui................


        Terima kasih kepada housemate jadi model >.<

            Berapa cm lagi nak masuk pintu pagar aku disapa. "Ana miskiiinnnn". Sorang kanak-kanak perempuan sapa aku. Umur dalam lingkungan 10 tahun. Pakai jubah, tudung tapi kaki ayam. Dia dengan adik dia kecik lagi dalam 4 tahun. Aku ikut ego malas nak bagi. Xnak la tunjuk hati nurani aku. Tak garang le cenggitu. Tapi fikir api neraka yang panas. Aku pon bagi sikit. X banyak pon. Xde nya miskin pon kalau sedekah. Lagipon gua ingat dulu masa kekecik gua punya gembira kalau dapat duit orang bagi. Gua syak sama hebat dengan kegembiraan tengok sailormoon. Walaupun aku bukan dari keluarga orang susah tapi da cenggitu punya suka. Apatah lagi bebudak kecik yang mintak sedekah sebab nak tanggung hidup. Macam mana perasaan diorang. Apa aku nak jawab depan Allah kelak jika ditanya saudara kamu dalam kesusahan apa yang kamu bantu? X payahlah nak berangan tolong Palestin kalau yang susah depan mata xnak tolong. Lepas tu aku pon memulakan sesi pembelajaran. Kalau aku x belajar sapa yang nak rawat patient yang datang ke klinik aku nanti. Ye dak?

                  Belajar punya belajar ada laa gap sejam antara kelas. So aku pon pi berjimba sebentar ke luar gamaah untuk membeli makanan ringan. Tengah aku ragu-ragu nak beli jajan apa kat kedai dengar lagi suara lunak budak pagi tadi. "Ammu aiman. Ana gaan.(pak cik aiman, saya lapar)".  Aku hanya memuncungkan mulut sebagai arahan amek laa apa dia nak. Nasib baik dia amek roti murah je. Kalau mahal terus aku buat-buat x kenal. Pastu setelah beberapa jam kelas tibalah masa untuk pulang ke sarang aku. Dah macam novel pon ada, balik tu aku ketemu lagi sama budak tu. Aku syak dia nak pau aku lagi dan amat benar tekaan aku. Aku pon x tau nak bagi apa aku hulur je duit syiling Malaysia sambil harap dia tertipu. Mungkin nanti kalau ada rezeki datang Malaysia boleh budak tu guna kat public phone duit tu. Masa adegan yang last tu aku jalan dengan sorang classmate. Tetiba dia tegur aku. Tersentak gila ahh. Nak tau apa dia tegur? Saja aku berenti saat klimaks bagi engkorang tidur x lena dua tiga hari ni. Muehhehe.

















------------------------------------------------------------------------------------------------------------







              Apa yang aku cerita kat atas tu bukan apa yang aku buat. Tapi apa yang engkorang patut contohi kalau nak murah rezeki. Dulu masa sekolah masa warden datang nak kejut subuh aku pi tidoq kat ampaian. Lulz. Bukan apa, kalau sume pi surau sapa nak jaga asrama. Ahaa. Aku pesan kat diri sendiri. Aku harap lepas ni aku pon mampu buat macam apa yang aku tulis tu. Niat aku nak bagi korang rasa mudah sebenarnya nak beramal. Itu impian aku bukan apa yang aku selalu buat. Jangan pandang aku baik. Tujuan aku tulis pon sebab aku nak cerita pasal apa classmate aku kata. Tapi tersasar pulak tetiba -_- . maaf. Wallahualam.   


1 comment: