Saturday 6 April 2013

Selipar dan dia

Sejak akhir-akhir ni aku asyik nak touching je. Touching kat sini bukan maksud kalau sahabat tak ajak makan sesame aku nak buat duckface ke bunkface ke. Touching kat sini juga bukan bermaksud tangan aku gatal nak memegang sesuatu. Teruk benau kalau ada yang translate cenggitu. Lol. Tapi touching yang aku maksudkan ialah hati aku asyik tersentuh. Memang bila Pencipta hati nak sentuh hati kita mudah je. Alhamdulillah Allah nak tunjuk banyak benda kat aku. Nak kabo ke engkorang lawak yang aku dengar dari aku darjah 5 sampailah umur aku sudah mencecah 19 tahun ialah "aiman tak kisah". So aku hari ni aiman nak transform dari aiman tak kisah kepada aiman kisah. Berikut adalah beberapa kisah (apa kaitan).

Kisah pertama: Masa tu aku balik kelas. Nama pon student. Mesti laa cerita pon balik kelas. Kalau aku bubuh kat sini aku baru balik gym nampak beno tipunya. Nak bubuh baru balik surau nanti orang kabo riak pulak. Pastu aku nampak budak peminta sedeqah yang pernah membintangi entry sebelum ni. Aku perati je dari jauh dia mintak sedeqah dari dua orang akhwat. Nak tengok dari dekat takut aku pulak kena pow. Mula-mula dia mintak baik-baik je. Muka manis berseri macam muka pakcik kepsi (baca kfc) je. Satgi akhwat tu tak nak bagi dia duit. Tiada duit kecil mungkin. Atau mungkin akhwat tu boikot kepsi kot. Aku dah syak sesuatu akan terjadi. Awan mula mendung. Burung-burung lekas pulang ke kampung halaman. Mak Temah mula mengangkat kain sidaian dengan kelajuan cahaya. Tapi aku tetap tenang kat situ. Mana tahu kisah ni masuk paper haraqah ke takpon paling kurang aku syak boleh  masuk blog dr.haybat tu ke. Boleh aku menumpang populariti dan menaikkan saham sebagai saksi kejadian. Silap-silap kalau aku tokok tambah sikit cerita ni bole lagi sensasi dari kisah Si luncai dengan labu-labunya. Nanti anak cucu engkorang lagi soploh tahun dah tak belajar lagi kisah pak pandir ke sang kancil ke. Cikgu tadika diorang sume ajar kisah pelajar comel nampak dua orang akhwat dan si peminta sedeqah. Hebat bukan? 

Lepas tu an. Akhwat tu pon nak balik laa kan. Tapi kan. Dia kan. Kene kan. Amboih da kenapa aku taip cenggini. Untuk mengelakkan pemberontakan dan kacau bilau terjadi aku taip cam biasa jela ea. Sekali budak tu tarik baju akhwat tu. Benda tu bukan something yang pelik pon kat sini. Bila jumpa orang melayu peminta sedeqah memang ganas sikit. Dulu ingat lagi masa first time datang egypt. Tetiba budak dua tiga orang tarik baju. Sampai nampak bahu kita yang putih melepak. Mencik >.< masa tu aku da fikir aku akan dinodai. Rasa masa depan dah gelap. Terfikir akan disisih masyarakat,dibuang negara, dipulau dan dibacakan yasin. Rupanya nak duit je. Biasa dia tarik dua tiga saat pastu dia lepas. Tapi masa tu budak tu taknak lepas. Dia dok pegang kuat. Berlaku laa aksi tarik menarik. Aku da start kesian kat akhwat tu. Akhwat tu da start marah. dia pon jerit kat budak tu "Apa masalah kau ni?" dengan volume paling tinggi. Hebat gak vokal dia. Pitching tak lari. Bole celen Adibah Noor aku syak. Tapi sah-sah laa budak tu tak goyang sebab dia tak faham bahasa Melayu. Kakaka.

Lepas tu kebetulan ada ustaz lalu. Ustaz tu pon tolong leraikan. Tapi memang kalau engkorang tengok memang geram sangat. Sampai aib pada akhwat tu. Lama kot dia tak nak lepas. Pastu mula laa syaitan bisik benda bukan-bukan. Licik yaa kau syaitan. Kuajaq. Balik tu aku fikir aku nak stop bagi duit kat budak tu. Konon-kononnya sebagai pengajaran. Aku bukan selalu pon bagi. Tapi aku rasa nak stop bagi terus. 

Esok tu masa pergi kelas masa lalu kat dia aku tak pandang pon dia. Masa balik tu pon aku tarik bibir muncung. Dekat seminggu gak aku buat cenggitu. Aku syak mahu budak tu makan tak basah, mandi tak kenyang. Ada sekali tu masa habis solat asar dia tunggu depan masjid dia dok jerit-jerit panggil aku, aku buat donno je. Nak jelir lidah risau plak ada anak dara lain nampak kecomelan terlampau aku. Malas kot nak layan paparazi lagi. Haih.

Semuanya bermula masa satu hari tu. Aku ada satu selipar. Bawak dari Malaysia. Dah lama kami hidup bersama. Suka duka. Kalau kawan lain kita pijak dia mesti da kena cedok perut. Tapi apa aku respect kat selipar aku ni dia rilek je. Aku pijak dia hari-hari tak pernah merungut. Sebab tu sayang lebih. Ahaa. Takdir Allah menentukan segalanya. Entah macam mana dua-dua belah selipar putus. Tapi sebab aku setia aku gagahkan juga pakai selipar tu.

Masa tu aku dengar iqamat. Iqamat maghrib. Aku pon bergegas turun. Sarung selipar legend. Masa turun tangga selamber dua tiga anak tangga aku redah dalam selangkah. Kadang-kadang rasa macam dah tak cecah lantai dah kaki. Pastu masa sampai pintu masjid nampak laa budak tu tengah bersila tepi pintu. Pakai jubah hitam bertudung. Umur dalam 9 tahun. Ehh bole plak dah nak ending baru perkenalkan watak. Ahh peduli apa. Aku terus masuk. Tak pandang pon dia. Usai solat tiba-tiba masa keluar tu. Perhh. Nak gugur jantung aku.


Comel tak selipar saya?

"Ammu (pak cik)"
"leh? (kenapa?)"
Budak tu muncungkan mulut kat selipar aku sambil tersengih.

Nak tahu apa dia buat? Selipar aku yang putus tu dia repair. Dia amek something macam akar-akar kayu pastu dia selitkan. Masa tu takyah cakap camna aku terharu. Berdosanya hamba Allah ini. Masa tu perasaan dia seriously lagi seronok dari cinderella dapat kasut tumit tinggi dari ibu peri. Aku rasa aku sangat kejam. Balik tu aku muhasabah balik diri. Apa yang Allah nak tunjuk.

Ayat ni terus terlintas kat kepala.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? (61:2)


كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

 Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.(61:3)

Aku mengajak orang bersedekah tapi apa yang aku buat ni. Tak sanggup bayangkan Allah pandang kita dengan pandangan murka. Sedang redhaNya kunci kepada segala kebaikan. Astaghfirullah. Masa kelas tafaqquh ada ustaz cerita juga pasal budak tu. Dia tanya kenapa tak pergi sekolah. Dia kata dia tak mampu. Pastu ustaz tu pesan suruh duduk kat tepi pagar sekolah dan dengar apa yang cikgu ajar. Menangis budak tu. Bila aku fikir balik sebenarnya dia adalah UJIAN untuk pelajar-pelajar Malaysia yang duduk disini. Bagaimana kita melayan orang susah. Basah hati. Deep betul. Aku respect ada pelajar perempuan yang siap balik mandikan, belikan baju baru. Tak kurang ada yang pernah maki, pukul budak tu. Macamana nak jawab depan Allah nanti. Nabi ajar kita menghormati semua orang kan :)

Mungkin ini entry terakhir sebelum final. Lagi dua bulan lagi. Usaha dakwah ana teruskan kat twitter yaa. Seriously banyak sangat nak kongsi. Tapi antum faham-faham laa camne seorang budak medic kan. Sebenarnya ada 4 kisah touching. Satu cerita nak buat satu perenggan. Tapi entah angin kus-kus mana datang tersasar target. Maaf kerana kisah ini bersifat peribadi dan kurang manfaatnya. Hanya luahan perasaan. Upgrade iman, upgrade amal. Jazakallah sudi baca!

p/s:doakan ana untuk exam ^^

"When you offer any sadaqah to a beggar, do it with humility and respect, for what you are offering is an offer to Allah"

-Abu Bakar-



1 comment: