Monday 29 July 2013

Ghuraba

"Aiman.. Bangun weyh bangun."

Pemandangan aku kelam. Semuanya gelap. Nak kata malam rasanya sekarang baru petang. Aku dah start gelabah. Nak kata aku dapat super power pesen apa pulak super power tak nampak apa apa. Oh rupanya aku lupa nak bukak mata lepas bangun tidur.

"Weyh bangun, abg fizi wasep. Dia kata lagi 5 minit sampai. Petang ni ada usrah. Kita buka puasa kat luar sesama."

Dengan tegas dan tanpa belas kasihan usrahmate aku kejut. Cecepat aku ambil wudhu'. Nak jugak mintak usrahmate urutkan tapi aku lebih sayangkan nyawa. Risau jugak kalau tergedik gedik dapat makan penampar. Usai solat asar aku bersiap ala kadar. Nama pon lelaki kalau make up tak ke melanggar hukum alam. Tak macam anak dara. Aku perati anak dara ni kalau bersiap sangat fokus dan beretika. Tudung bucu nak tajam. Brooch nak sama warna. Bedak nak segelen. Minyak wangi macam nak fogging nyamuk dia sembur. Kay over.

Usrahmate aku semua ialah housemate aku jugak. Till jannah orang kabo hubungan kitorang ni. Keluar rumah je naqib dah tunggu dengan senyuman. Gerak sama sama ke desinasi dengan kekuatan 7 orang ahli. Perjalanan dianggarkan lebih kurang satu kilometer dan dengan kelajuan 5 km/h kita akan tiba ke destinasi lebih kurang 15 minit.



Hari ni berbuka kat restaurant yang agak mewah. Sepanjang jalan tu aku berbual kosong je dengan naqib. Biasa la orang baru bangun tidur. Bad mood semacam.  Aku punya bad mood sampai kalau nampak budak kecik minum air kotak tepi jalan aku rasa nak baling batu. Normal bagi kitorang warga asing kat negara orang, bila jalan mesti semua pandang. Terpaksa jalan cover ayu.

Hari ni buka kat restaurant yang power. Naqib aku memang special. Pemurah yang amat. Naqib macam ni memang best. Aku syak boleh jumpa kat batu pahat dengan california je. Sementara tunggu waktu buka abang fizi suruh aku bagi penyampaian sikit tentang anak angkat nabi anas bin malik. Anas ni sangat special. Selalu dapat peluang rapat dengan baginda. Moga peluang kita di syurga pulak untuk mendampingi nabi.  Abang fizi saja latih kitorang. Lepas ni tugas kitorang pulak anak anak usrah sambung legasi dakwah. Dah habis potpet abang fizi pulak bagi sepatah dua kata dan sedikit pesanan iman. Ada satu benda yang aku paling tertarik dalam pesanan dia. "Jadi special"

Satu hadis terus delivered di fikiran :
"Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing. Beruntunglah orang yang asing itu" [HR Muslim]

Siapa orang yang asing tu? Adakah orang yang mempunyai super power? Adakah orang melayu yang kenit dicelah orang arab yang besar dan berotot? Adakah warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah juga tergolong dalam golongan orang yang beruntung?Adakah bila anak muda berpakaian varsity di tengah panas itu dikira asing?

Seorang sahabat kongsi maksud hadis ni. Moga Allah membalas kebaikannya:
"ghuraba' tu asal dia dari kata gharib, iaitu asing. asing dalam konteks hadis bukan asing fizikal, asing bangsa, asing agama, atau asing yang lain-lain, sebaliknya asing dalam mengamalkan kepercayaan.
ringkasnya, orang asing itu adalah yang mengamalkan Islam yang betul. balik pada zaman Nabi SAW. ketika itu orang menyembah berhala bla bla bla. Islam mulanya sangat sikit orang yang menganutinya. dan Islam dilihat sebagai asing. kenapa diorang muliakan wanita? kenapa tutup aurat? kenapa solat? kenapa tak mewah? kenapa jihad? dan pelbagai persoalan dilontar oleh kaum jahiliyah.
tapi lama kelamaan Islam berkembang dan dikenali.
tapi akhir zaman, Islam kembali asing. semua orang kembali menanyakan persoalan yang sama. eh kenapa nak tutup rambut tengah2 panas? kenapa tutup aurat? kenapa pakai jubah? pakai serban? kenapa boleh kahwin empat? kenapa solat? dan sebagainya. kan Islam tu dah jadi asing sekarang. buat baik dipandang pelik, buat jahat dianggap biasa.
satu lagi berkenaan kebergantungan. manusia sekarang pentingkan benda dan kemewahan. itu dianggap biasa. tapi orang yang mengejar Allah dan kesederhanaan, dianggap asing. itulah orang2 yang ghuraba' ; yang beruntung kerana tidak mengikuti orang-orang yang menggantungkan diri kepada dunia dan trend duniawi"
Mantap mantap penerangan ukhti ni. Dia seorang niqabis dan pasti dia sangat faham macam mana menjadi orang yang asing dalam pandangan masyarakat.  Kita masyarakat majoriti islam. Tapi siapa yang bawa islam dia orang yang asing. Hadis ni sangat best untuk pujuk orang yang mahu berubah. Seriously kat dunia ni wujud golongan amar munkar nahi maaruf. Aku harap kita semua tidak tergolong golongan ceni. Hati rasa benci tengok benda baik. Bila kawan pakai tudung labuh dia sibuk nak perli. Kawan dating dia support. Bila kita rasa nak putus asa bila orang sekeliling tak suka dengan perubahan kita ingatkan pada diri dengan hadis ni.
Makan dengan tangan itu sunnah. Bukan kampung. Pakai seluar atas buku lali itu sunnah. Bukan sakai. Tutup dada itu wajib. Bukan ustazah.
Kalau engkorang perhati, dalam apa apa bidang pon siapa yang asing dia biasa paling power dan mempersonakan. Pelajar biasa, siapa belajar dia berjaya siapa tak belajar tak berjaya. Tapi pelajar yang asing, dia belajar kerana ummat. Belajar kerana cintakan ilmu. Kebergantungannya pada Allah bukan buku atau cikgu. Seorang ibu yang biasa sebelum tidur dia bacakan anak bed time story. Ibu yang asing dia baca al mulk dengan anak anak. Seorang tukang masak yang biasa dia masak ikut resepi. Tukang masak yang asing dia mempersetankan buku resepi dan cuba dengan kredibiliti dan naluri pemangsa. Sambil tu apa apa bahan dia masukkan dia baca selawat. Peh indah indah.

Bila tengok hadis ni nabi menyuruh kita jadi orang yang special. Rasanya ahli ahli jannah terdiri daripada orang yang special semasa didunia. Nabi sendiri semasa mulakan dakwahnya memilih orang yang hebat untuk menjadi orang kepercayaan. Abu bakar, umar dan isterinya sendiri khadijah. Tanya diri kita sendiri apa yang asing pada diri kita. Cuba jadi orang yang nabi kita kata untung ni.



Tak kisah apa profession korang. Cikgu ke petani ke pelajar ke anak dara ke janda ke pemandu teksi ke. Semua boleh jadi special. Bukan untuk kagumkan manusia sebab kita sesama manusia semua ialah hamba.

Solat pon ada yang biasa biasa. Ada solat luar biasa. Solat yang biasa tu solat mahu lepaskan tanggungjawab. Solat luar biasa solat yang khusyuk dan mencegah kita dari melakukan dosa.

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" [29:45]

Baca quran yang biasa kerana mengejar khatam. Baca quran yang luar biasa memahami maksud dan cuba praktik dalam kehidupan.
"Orang yang telah kami berikan kitab kepadanya, mereka membaca dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya" [2:121]
Ada juga hadis sebut :
 “Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)
Apa yang nabi sebut beribu tahun dulu sedang berlaku sekarang. Saudara seagama kena bunuh suka hati kat syria, palestin, rohingya, burma dan mesir sendiri. Pelikkan umat islam ramai. Ramai sangat. Tapi kita tak buat apa. Ya KITA. Tak dapat jadi jerung yang mampu membaham musuh pon biarlah kita jadi kayu yang sekurang kurangnya tak hilang bila dihempas ombak macam buih tu. Amboi deep jugak ayat aku.

Okay sebelum aku makin merepek eloklah aku mengundur diri. Ingat tau jadi special! Kbai