Tuesday 19 March 2013

Ukhwah Penyumbang Diabetes

                    Alhamdulillah. Walaupun makin banyak dosa yang aku lakukan, tetap nikmat Allah lebih besar dari kemurkaannya

                     Malam itu, bulan menjalankan tugas dengan setia. Aku manusia biasa dan bukan seperti dak pungguk yang rindukan bulan. So tak tahu nak kabo ke engkorang malam tu bulan mengambang ke bulan sabit merah. Malam tu juga menyaksikan pertama kali rumah kami makan dalam talam bersama. Jakun sikit. Sebab sebelum ni semua acah-acah ego tak nak makan sesame. Masing-masing amek lauk pastu dengan angkuh mengusung pinggan ke bilik. Bila aku rasa rumah makin kurang ukhwahnya aku pon try beli talam dan seriously seronok dapat curi-curi makan orang lain punya bahagian. Kakaka.

                   Yee. Aku sangat enjoy dengan ukhwah ini. Tak sangka begitu manis sehingga kemanisan air tebu pon bole dipandang enteng kalau nak banding dengan kemanisan ukhwah. Masa sekolah dulu puan ibu selalu pesan jangan menggatal nak couple. Aku pegang pesan dia ketat-ketat. Nak juga tanya kalau tak couple sapa nak jadi penyambung generasi abah? Takkan impian aiman nak bina skuad futsal keluarga terkubur macam tu je? Tapi mengenangkan masa tu nak solat kat saf pertama pon xdak qualification cepat-cepat batalkan hasrat.  Surat-surat cinta dari secret admire dengan tenang aku frame tangkis. Dalam hati aku azam habis SPM je nak couple teruih. Kalau bole keluar dewan terus aku ajak couple sesape yang ada kat situ. Nak tunjuk punya penat tunggu habis tempoh berkabung yang ibu letak ni kalau bole habis skola bukan nak couple lagi tapi nak triple.

                   Tapi aku tahu Allah sayang aku. Aku tak sangka ketika zaman yang aku bayangkan akan penuh dengan kisah Romeo dan Juliet Allah bagi aku rasa kemanisan ukhwah. Seronok bila ada sahabat yang mampu buat sembang-sembang Quran. Seronok ada sahabat yang ketika berjalan dia tiba-tiba soal tentang ayat Quran macam "cuba kau sambung ayat ni..". Seronok bila ada sahabat yang hari-hari kejut kita subuh ajak berjemaah. Bangun-bangun dapat urutan free. Bini pon belum tentu bole bagi servis cenggitu. Ye dak?
Seronok bila ada sahabat yang ketika kita sakit dia sentiasa mengingatkan kita untuk makan ubat. Walaupun feeling dia x sama ngan masa nurse cantik suruh makan ubat tetap aku nak touching. Lol.





                  Wahai anak muda, ni aku nak pesan. Ingat betei-betei tau. Minggu depan aku buat kuiz. Hoho. Dalam berukhwah ni yang paling rendah sekali ialah kita berlapang dada dengan sahabat. Maksudnya bukan menjadikan dada kita tempat tanah lapang untuk mereka main congkak di situ tapi maksud kat sini ialah kita sentiasa husnudzon (bersangka baik) dengan sahabat kita. Contohnya kalau turn sahabat masak tapi dia tak masak kita sangka baik yang dia lupa ke. So kita pon tolong masak. Kalau nampak sahabat gi kelas tak mandi sangka baik yang dia allergik air. Ahaa. Dan tahap yang paling tertinggi ialah bila kita mengamalkan konsep itsar yang bermakna melebihkan sahabat. Betulkan aku kalau tersalah ea. Katakan kita mengidam sangat nak minum jus oren masa waktu tengahari. Tapi kedai jus tu bukan main jauh. Kalau naik kuda pon kuda angkat bendera putih tak sanggup nak ke tempat tu sebab jauh dan panas. Ehh kuda ni tahu tak api neraka jauh lagi panas? Pastu mengidam punya pasal kita pon sanggup jalan gi kedai tu. Lepas beli air jus oren yang jingga menyala tambah sejuk malahan masam-masam manis apatah lagi dengan serat-serat buah yang berenang-renang dalam tu memang mantop laa. Duit yang kita bawak pon cukup-cukup nak beli satu. Lepas tu baru nak parking kat bawah pokok kelapa nak membasahkan tekak tiba-tiba datang pegawai dewan bandaraya nak saman sebab parking tanpa kupon nampak sahabat kita lintas. Muka dia haus gila. Kita akan utamakan sapa? Diri kita atau sahabat? Tepuk dada tanya lapang ke tidok. Aherher.



Hebatnya para sahabat punya ukhwah
 “Ketika perang yarmouk,Ikrimah meminta air minum, kemudian ia melihat Suhail sedang memandangnya, maka Ikrimah berkata, “Berikan air itu kepadanya.” Dan ketika itu Suhail juga melihat al-Harits sedang melihatnya, maka iapun berkata, “Berikan air itu kepadanya (al Harits)”. Namun belum sampai air itu kepada al Harits, ternyata ketiganya telah meninggal tanpa sempat merasakan air tersebut (sedikitpun). (HR Ibnu Sa’ad dalam ath Thabaqat dan Ibnu Abdil Barr dalam at Tamhid, namun Ibnu Sa’ad menyebutkan Iyas bin Abi Rabi’ah sebagai ganti Suhail bin Amr)

                         Dahsyat T.T kay aku sambung cinta masa malam bulan sabit merah tu. Lepas memberi pengisian kepada fizikal, rohani pon meronta inginkan pengisian. Lapar Iman yang mahukan Ilmu. Mujur kelas tafaqquh buat kat rumah sebelah je. Dengan perut yang membusung kalau ikut hati mahu je tgok live streaming je dari rumah kelas malam tu. Pengisian dari akhi Izhar jurusan syariah tak silap. Sangat mantap ustaz-ustaz muda ni. Kalau aku ni anak dara aku syak aku dah lamar ustaz-ustaz ni. Ehem. Program sangat mantap. Cara penyampaiannya. Kami dapat ilmu, ustaz dapat pengalaman mengajar sebelum pulang berkhidmat untuk masyarakat. Usai kelas, sahabat ajak makan kat kedai indonesia. Kesian kat dia dah pukul 10 tapi baru nak buka makan makanan berat. Ni mesti kes lupa turn ni.

                      Malam yang sejuk dan kelam menemani perjalanan kami, Bunyi unggs yang bersahutan langsung tak melunturkan semangat. Amboi kekadang aku keliru identiti. Aku ni blogger ke novelis. *tekan butang forward nak cepatkan cerita* Nasi pattaya yang sahabat order pon tiba dengan diringi paluan kompang. Tak sempat nasi tu nak menikmati dunia yang penuh ranjau kehidupan dia telah dihantar ke oesophagus tanpa rasa simpati oleh kami. Aku perasan wajah sahabat muram sangat. dah berapa hari macam tu. Sahabat pon mula bersuara

                  "Enta nak dengar kisah pasal naqib usrah ana? Arwah Iman syafiq?"
Aku angguk. Sudah sedia maklum dengan berita sedih itu yang membuatkan semangat dakwah membara dalam setiap jiwa. Yang berjaya menyentuh hati-hati para ikhwah untuk terus menyambung perjuangan sahabat. Yang membuatkan air mata begitu murah bila membaca pengorbanannya dan semangat jihadnya walaupun tidak pernah bersua. Sahabat pon mula bercerita. Kagum. Sangat kagum. Hebatnya dalam menyebarkan syahadatul haq. Bagaimana peribadinya. Begitu terkesan ukhwah yang ditonjolkan. Walaupun sudah dijemput pulang ke kampung akhirat tetapi kebaikannya disebut-sebut. Bila mendengar cerita dari anak usrahnya sendiri memang... speechless. Dah. Tak mampu nak sambung :'<

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." - Al Ghazali



                   

                 

               

Wednesday 6 March 2013

Sedeqah - Entry Serious dan Garang

Bismillahirrahmanirrahim..

           Assalamualaikum saudara saudari sekalian. Jawab jangan x jawab. Mudah gila kan nak dapat pahala. Kenapa dosa juga yang dicari. Maaf entry-entry aku sebelum ni bersifat kanak-kanak. Aku pon x tau bila aku nak matang. Enjoy pulak jadi budak-budak ni. Bukan apa. Aku perati semua budak-budak mesti comel. Dia makan nampak comel. Dia tidur nampak comel. Dia iyak pon comel walaupun bau dia ala one drop perfume. So aku pon nak rasa feeling comel tu. Kekeke. Aku syak aku masuk 20 nanti kot baru aku start tulis entry serius. Banyak sangat benda yang bersarang kat minda. Kalau zaman sekolah memang toilet biasa jadi tempat bebudak tulis entry. Snang x payah cucuk broadband. Pakai liquid je.

Asal hambar aku ni -_-

          Bila baca balik pendahuluan aku kali ni serious aku syak aku makin matang. Nak buat lawak pon x reti. Ni kalau aku rasuah bebudak coki-coki paksa dia gelak baca pendahuluan aku pon dia x mahu ni rasanya. Sebenarnya aku baru habis satu program. Nama dia HELP. Hope Enliving Liberation of Palestine. Seriously best. X sangka Allah pilih diri yang lemah ni untuk join lubuk pahala. Bila kita dapat jawatan, kita kena sedih sebab Allah pasti akan tanya kelak seperti Umar Abdul Aziz. Tapiiii kalau ada orang minta tolong  untuk jayakan sesuatu program yang bermanfaat kena semangat. Semua kerana Allah. Jangan kisah apa pandangan manusia. Yang penting nak cari keredhaan Allah. Gaji nanti Allah bayar kat Akhirat. Apa yang paling buat aku kagum masa program ni adalah orang-orang yang jayakan program ni. Tiap hari tidur lambat.  Banyak habiskan duit. Sampai terpaksa skip kelas. Bila sorang macam penat sebut je "weyh palestin" terus rasa macam minum setong redbull. Lagi satu, sebelum start program akak tu pesan amalan yang setiap ajk wajib buat. Berapa page al Quran kena baca. Berapa kali istighfar. Zikir pon ada. Bila habis program ada buat muhasabah. Terasa nak buat ayat typical sekolah rendah dulu. "Walaupun kami penat, tapi kami sangat gembira".


            Okay x pernah dibuat orang pendahuluan panjang berjela. Suka hati aku laa. Ni blog aku. Kalau Cool Blog tu bole laa engkorang suka hati nak order apa. Aku tengah penat ni. So lagi banyak bebel. Ni pon penat punya pasal taip pakai jari kaki je. Okay masuk tajuk hari ni ea. Nak cite pasal sedeqah.

Pada petang yang dingin itu..

       Tiba2 member aku sound, "Weyh. Jangan bagi dia selalu. Nanti naik lemak budak tu". Terdiam aku. Tapi aku still buat muka cool. Sambil mendaki jejantas otak aku berfikir ala-ala Jimmy Neutron. Niat nk tunjuk power seberang highway x guna jejantas terus hilang. Angin yang sempoi-sempoi bahasa menambah lagi mood deep dalam hati. Aku syak dia punya deep mantap lagi dari masa hafiz awan nano lari tepi pantai. Cuma aku cukup waras untuk tidak berlari-lari manja menaiki jejantas. Lagipon cuak gak aku kalau buat cenggitu ada yang hulur duit kat aku sebab sangka orang gila. Otak aku mula memainkan wayang...

      "Pada suatu masa dahulu,ada seekor ulat tiket  beluncas. Dia nampak seorang anak dara rama-rama berterbangan dengan riang. Sangat indah rupa dia. Ada macam-macam corak kat kepak. Bukan vandalisme. Tapi salah satu ciptaan Dia yang Maha Hebat. Ulat tu pon tanya kat cik rama-rama. "apa rahsia hang dapat kepak yang cantik mulus ibarat kulit neelofa ni?" Rama-rama hanya tersenyum dan kembali mengibarkan sayap. Nak kibarkan bendera bukan musim merdeka pulak. Ye dak? Ulat yang terpinga-pinga ibarat setitik peluh petani orang yang beli iphone dan baru tahu yang iphone xdak BBM terus membatu. Dia berjanji. Suatu hari nanti bila dia jadi rama-rama dia akan bagitau kat semua ulat lain macam mana dia boleh jadi rama-rama. X lama lepas tu dia pon dpt jadi rama-rama. Berjaya keluar kepompong dan mnjadi rama-rama yang dia dok nak sangat tu. Tapi lepas tu ada ulat lain tanya macam mana dia jadi rama-rama. Dia terus lupa apa janji dia. Dengan angkuh dia jawab "Secret recipe dik. Mana boleh bagitahu"


      Aku pon x tau nape cerita ni yang bermain kat fikiran aku. Aku syak kita semua pernah jadi ulat tu. Ingat masa kecik-kecik ada pakcik bagi duit. Seronok kan. Ingat masa kita susah tiba-tiba ada orang tolong. Seronokkan. Keindahan perbuatan baik tu sama laa macam kepak rama-rama tu. Kita mesti masa tu rasa nk jadi macam diorang kan. Nak balas jasa diorang. Tapi bila kita ada kat situasi kita yang jadi rama-rama. Kita terus lupa diri. Kita x rasa pon nk bantu orang yang susah. Padahal masa susah hati kita rasa gembira sangat bila orang tolong. Aku x tau apa kaitan cerita kat atas sebenarnya. Tapi alang da tulis engkorang halalkan jelaa. Hoho. Hari ni aku nak jawab apa alasan yang orang suka bagi untuk xnak sedeqah.


              "Jangan bagi. Nanti diorang jadi malas bekerja"

               "Kalau aku x bagi dia akan rajin bekerja ke? Umur baru bawah sepuluh dia boleh kerja ke? Kenapa x boleh sangka baik kat makck tu yang dia ada anak kecil untuk jaga? Kenapa x boleh sangka baik yang dia ada masalah kesihatan untuk bekerja? Kenapa xnk bagi dan niatkan semoga peminta sedeqah itu guna duit kamu untuk mulakan perniagaan ke? Kenapa x bagi dan pesan kat dia usaha untuk cari kerja"

Fuhh lap peluh. Hebat syaitan mencipta alasan dalam diri untuk tidak beribadah. Kita kena cipta alasan yang lebih hebat untuk beribadah. Kalau syaitan sediakan senapang untuk halang kamu lawanlah dengan bazooka. Jyeahhh.


               "Kalau nak bagi hari-hari miskinlah aku"

                "Kalau sehari hang bagi seringgit. Sebulan 30 ringgit. Baru tahu 30 ringgit sebulan bole buat hang jadi miskin"

Yang ni aku cukup pelik. Allah jawab keraguan mereka dalam al Quran.

"Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya"[57:11]
Jangan risau. Bnyak mana pon engkorang sedeqah percayalah tidak akan kurang sedikitpon harta tu. Allah boleh ganti dari sumber yang kita sendiri x terjangka. Kalau bukan Allah ganti dengan harta Allah ganti dengan anak-anak yang baik, kemudahan dalam pelajaran dan mungkin juga nikmat kesihatan. Nak tahu?  Kefahaman tu rezeki. And nak murah rezeki sedeqah. Nampak x permainan dia? Cuba buat ujikaji. Pagi tu try sedeqah. Nanti kelas seriously snang faham! Semua dengan izin Allah. Jom tengok surat cinta yang semua dapat
"Dan dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" [65:3]
           "Aku bukan xnak sedeqah. Tapi takut riak"
         
           "Kau takut jadi hipokrit. Tapi x takut jadi munafik. Kalau takut riak kenapa masa xde orang kat masjid kau x sedeqah pon? Hm"

Yang ni paling x boleh blah alasan.Nak tahu kenapa boleh timbul riak? Sebab itu bukan satu amalan bagi kamu. Cuba kalau itu adalah satu amalan bagi kita. Sama laa macam mak temah yang jual nasi lemak tu. Mula2 kembang kempis je orang puji sambal dia sedap macam Kinder Bueno. Tapi lama-lama dia dah x rasa pape. Bila satu benda tu dah jadi amalan pasti mudah nak kikis rasa riak. Mula-mula mesti timbul. Tapi jangan layan. Cuba buang. Bagi aku cara paling power bila nak bagi tu engkorang anggap je semua orang pandang kau bagi sebab engkorang nak menunjuk. Automatik ikhlas. Set dalam hati bila kau bagi bukan orang pandang kau baik. Orang pandang kau nak menunjuk. So minta Allah pujuk hati kita.
"Sesiapa yang meninggalkan amalan kerana takut riak, maka itulah riak" 
Tak silap ni quote dari imam ghazali. Kalau engkorang kata takut riak risau pulak selama ni beribadah sebab nak manusia pandang. Kalau orang yang ikhlas dia x risau pon timbul perasaan ni.
"Aku bukan xnak tolong. Tapi takut dia tipu aku. Gaya macam x miskin pon"
          "Kalau dia x miskin Allah tolak ke pahala sedeqah kau?"

Ada satu ustaz pernah kata kalau kita sedeqah tapi kita kena tipu sebenarnya kita dapat dua pahala. Pahala sedeqah dan pahala orang yang ditipu. Lagi best kot. Lepas ni cari orang yang mcm menipu miskin pastu bagi dia. Kakaka.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki miskin datang kepada Aisyah. Aisyah menghulurkan sedikit sedekah kepadanya. Kemudian, Aisyah menyuruh Barirah mengawasi lelaki itu. Nabi Muhammad berkata kepadanya, "Jangan kamu berkira (dalam memberi sedekah) sehingga Allah pun tidak akan berkira (dalam memberi rezeki) kepadamu." (Hadis ini dicatat oleh Nasa'i, Ahmad, Ibnu Hibban dan Haitsami)

Nabi Muhammad pernah berkata pada masa yang lain, "Wahai Aisyah, berlindunglah daripada api neraka walau hanya dengan (menyedekahkan) separuh biji kurma. Separuh biji kurma itu mengisi perut orang yang lapar seperti ia mengisi perut orang yang kenyang." Hadis ini dicatat oleh Ahmad dan Mundziri.

Tirmizi, Baihaqi dan Mundziri ada merekodkan yang Aisyah pernah mendengar Nabi Muhammad berdoa begini, 
    
           "Ya Allah, jadikanlah aku hidup sebagai orang yang miskin. Cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin. Kumpulkanlah aku pada hari kiamat nanti bersama golongan miskin."

Mendengar doa itu, Aisyah bertanya, "Mengapa berdoa seperti itu wahai kekasih Allah?" Beliau menjawab, "Orang miskin akan masuk syurga 40 tahun lebih awal daripada orang kaya. (Kerana kurang hisab ke atas hartanya). Wahai Aisyah, jangan sekali kali menolak orang miskin walaupun kamu hanya mampu memberinya separuh biji kurma. Wahai Aisyah, cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu supaya Allah juga mendekatkanmu kepadaNya pada hari kiamat nanti"

                Okay cukuplah setakat ni dulu. Hari-hari upgrade iman. Allah bukan pandang kuantiti tapi kualiti. Dapat sedeqah singgit seminggu kat masjid pon pasti ada nilai di sisi Allah. Kalau boleh wajibkan yang sunat pada diri kita. Hadirkan rasa berdosa kalau tertinggal perkara sunat apatah lagi wajib. Biar kita jadi muslim dan muslimah osem. Bukan hanya di I.C. Kalau nampak peminta sedeqah and rasa malas nak bagi aku harap boleh keluar awan kat kepala engkorang bayangkan aku yang kuat membebel ni!

“Tidaklah ada satu hari pun yang dilalui oleh setiap hamba pada pagi harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun, berkata salah satu dari keduanya: Ya Allah berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti (dari harta yang diinfaqkan tersebut), dan berkata (malaikat) yang lain: Ya Allah, berilah orang yang kedekut kebinasaan (hartanya).” (HR.Bukhari dan Muslim)